Posted by: mohdzawi | February 17, 2009

Penginapan Bajet Di Pasir Mas

Memang tidak ada hotel di Pekan Pasir Mas. Dalam Daerah Pasir Mas ada rumah penginapan yang boleh dipanggil hotel tetapi tidak di Pekan Pasir Mas sendiri. Yang ada dulu dalam tahun 1960an adalah rumah tumpangan yang dinamakan Sin Ah Hotel. Kini ianya telah dijual kepada seorang kawan sedarjah saya bernama KT Lee yang kemudiannya menjadikannya rumah ini sebagai Kedai Peralatan Letrik.

Sin Ah Hotel berubah Wajah

Sin Ah Hotel berubah Wajah

Sebahagian dari bangunan lama Sin Ah Hotel masih wujud bersebelahan kedai letrik ini dan dapat dilihat didalam gambar dibawah

Bangunan Lama Sin Ah Hotel

Bangunan Lama Sin Ah Hotel

Untuk keperluan penginapan bagi mereka yang berkunjung ke Pasir Mas dan tidak mahu tinggal dihotel-hotel di Kota Bharu atau Rantau Panjang kini wujud beberapa bentuk rumah penginapan yang sesuai dengan bajet dan bilangan pengunjung.

Mengikut tinjauan Pak Zawi tempat tempat berikut adalah sesuai untuk didiami.

Dalam Pekan Pasir Mas.

Guest House Millineum Shop yang terletak dalam Bangunan Majlis Daerah Pasir Mas dimana terletaknya juga Pasaraya Pantai Timur. Dua lantai kedai diatas Millineum Shop dijadikan bilik penginapan yang luas dan selesa tetapi dengan cuma satu bilik bagi setiap lantai sahaja. Ruang luas susuai untuk penginapan anak-anak. Dengan jendela yang banyak penyejukan dengan kipas sahaja yang ada untuk keselesaan penghuni. Pengunjung tua akan sukar mendaki tangga dua tingkat ini justeru tidak digalakkan. Setiap lantai disewa pada kadar RM70.00. Kemudahan tempat makan adalah berdekatan.

Millineum Guesthouse

Millineum Guesthouse

Untuk menghubungi Milleneum Guesthouse sila telefon 013 9830208 dan 013 9810208.

Sebuah lagi rumah penginapan dalam PekanPasir Mas ialah dihadapan Stesyen keretapi Pasir Mas Rumah Tumpangan (Guesthouse). Rumah tumpangan ini juga ditingkat atas kedai pajak gadai Islam Ar Rahn.

Rumah Tumpangan

Rumah Tumpangan

Untuk menghubungi mereka: 017 9614972, 013 9111346, 09  7901346

09 7922502. (En. Zamri)

Kemudahan yang ada 2 bilik dan cuma satu aircond. Hga bilik RM35.00 dan RM45 dengan aircond.

Lokasi dekat dengan tempat makan dan Stesyen Keretapi Pasir Mas.

Sebuah lagi penginapan dalam pekan Pasir Mas ialah dihadapan Pasar Pasir Mas iaitu Penginapan Raja Munirah.  Tidak ada butiran lengakap mengenai penginapan ini. Masalah disini ialah tempat meletak kenderaan adalah sukar kerana terlalu hampir dengan pasar dan kedai perniagaan lain.

Hubungi Penginapan ini untuk tempahan pada talian berikut:

09 7907225 019 9580272

 

Penginapan Raja Munirah

Penginapan Raja Munirah

Di Kampung Mekasar terdapat sebuah lagi rumah penginapan diatas kedai dengan nama ZNA Guesthouse.

ZNA Guesthouse

ZNA Guesthouse

ZNA Guesthouse boleh dihubungi di talian: 019 994611, 017 9113611, 09 7966111

Contact Person: Azhar Abdullah

Harga bilik: 1 Bilik @ RM38.00 sehari, 3 bilik @RM110.00 sehari. Lebih dari 6 orang bayaran RM5.00 seorang sehari.

Menghala ke Tendong iaitu di Kampung Tar Tujuh terdapat sebuah rumah kampung moden yang dijadikan guesthouse dengan nama Bayu Leka. Penginapan ini adalah sebuah rumah kayu yang amat menarik untuk dijadikan penginapan keluarga sementara dalam suasana kampong. Saya cuma dapat meninjau dari luar dan beginilah keadaan rumah tersebut.

Bayu Leka

Bayu Leka

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu lengkap dengan perabut dengan kipas. Dapur disediakan tetapi tanpa periok belanga atau pinggan.

Sewaan adalah pada kadar RM150 sehari.

Laman rumah adalah luas untuk parking kenderaan. Amat baik untuk mengalami hidup dikampung.

Untuk tempahan sila hubungi Puan Rosnani di 09 7908597.

Kampung Salor yang juga dikenali sebagai Seberang Pasir Mas adalah amat strategik kedudukannya diantara Kota Bharu dan Rantau Panjang juga ke Tanah Merah. Jambatan Lemal berhampiran Salor menghubungi semua tempat-tempat itu. Salor kini terkenal dengan tempat makan yang mudah dituju dan makanan yang enak.

Disini terdapat beberapa bunggalow baru yang dijadikan rumah tumpangan dengan pelbagai kemudahan laman luas dan selamat.

Putera Huest House

Putera Huest House

Putera Guest House (Fully furnished) dengan bilik aircond.

Harga RM250.00 perday perhouse (low season). Peak season RM300.00 per day. Pastikan jika tempahan dibuat terlalu awal mungkin tuan dia di KL akan menggunakan sendiri pada hari Raya.

No untuk tempahan: 013 3400409, 019 9811559 – Wan Musa

Zul Guesthouse ialah sebuah lagi bunggalow di Salor. Letaknya sedikit kedalam dari Jalan Raya tetapi dalam keadaan yang damai.

Zul Guesthouse

Zul Guesthouse

Untuk tempahan: 012 9639523, 09 7012743

Rumah 4 bilik tidor dan 2 bilikair ini disewa dengan harga RM200.00 sehari.

Sebuah lagi rumah tumpangan di Salor ialah rumah Pak Cik Manaf. Rumah kembar dua ini didiami sendiri oleh Pak Cik Manaf. Rumah ini berpagar dan masih baru.

Rumah TumpanganPak Cik Manaf

Rumah TumpanganPak Cik Manaf

Rumah tumpangan Pak Cik Manaf mempunyai 3 bilik tidor dan 2 bilik air dan sebuah bilik mandi kegunaan ramai. Semua bilik berkipas.

Harga sewaan adalah RM170.00 sehari. Diskaun akan diberi untuk tempahan banyak hari.

Untuk Tempahan:  09 7012429

Dengan maklumat-maklumat ini diharapkan semua pengunjung ke Pasir Mas atau kawasan berdekatan dengan nya akan dapat mencari tempat penginapan sesuai semasa berkunjung ke sini atau semasa pulang kekampung dan rumah keluarga sudah penuh.

Harga atau maklumat yang diberi adalah mengikut yang diperolehi dan penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan. Tulisan ini adalah untuk membantu semata.

Posted by: mohdzawi | November 18, 2008

Sudut Penjual Ubat Tradisional

Another Regular

Another Regular

Eager Customer

Eager Customer

Snake Man

Snake Man

The Man And Me
The Man And Me
Sudut penjual ubat tradisional
Sudut penjual ubat tradisional
Madrasah

MadrasahTerdapat satu sudut khas di Pekan Pasir Mas dimana ianya disewa khas olehUstaz Ab. Rahman Alabaladi

 Persatuan Penjual-penjual Ubat Tradisional Kelantan dimana ahli-ahlinya boleh menjalankan aktiviti mereka tanpa sebarang ganguan dari mana-mana pihak berkuasa. Sudut ini juga tidak digunakan sebagai parking lot kecuali oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai kesedaran civic dan meletak kenderaan mereka kerana ianya kelihatan kosong. Sudut ini terletak berhadapan dengan madrasah Jamiah yang bersebelahan stesyen bas lama Pasir Mas. Jika diimbas kembali petak ini adalah berhampiran juga dengan stesen kereta sewa lama.

Keinginan menulis mengenai sudut in sudah lama terpendam di hati Pak Zawi. Dari semenjak pak Zawi menjejak kaki ke Pasir Mas pada tahun 1960 lagi sudut ini menjadi medan penjual ubatan tradisional membuat persembahan bagi menarik penonton dan seterusnya menjual ubat kepada mereka. Kegiatan mereka menjadi hiburan bagi Pak Zawi sebelum ke sekolah yang kebanyakannya adalah sessi petang. Tambahan pula kebanyakan persembahan atau pertunjukkan adalah pada hari cuti sekolah seperti hari Jumaat dan Sabtu. Apa pun penjual ubat ini adalah amat menghiburkan dan mempunyai kesan yang besar keatas hidup Pak Zawi.

Apa yang mengekang hasrat untuk menulis mengenai sudut ini ialah ketiadaan penjual-penjual ubat yang tersohor yang datang berkunjung ke Pasir Mas. Yang kerap membuat persembahan ialah penjual ubat yang bermain dengan ular. Yang paling Pal Zawi tunggu ialah kedatangan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi yang masyor dengan dendangan lagu Alabaladi yang dibawa asal oleh penyanyi Mesir Umi Kalthom yang bermaksud Tanah Air Yang Tercinta.

Beberapa hari lepas Pak Zawi telah didatangi oleh sahabt Pak Zawi yang Pak Zawi kenal sebagai Ayah Ku dari blog Syed Halim Jamalullail http://syedhalimjamalullail.blogspot.com. Ayah Ku tahu minat Pak Zawi mengenai penjual ubat yang menggunakan sudut ini dan antara yang Pak Zawi tunggukan ialan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi. Ayah Ku memberi tahu bahawa Ustaz Ab. Rahman Alabaladi ada datang ke Pasir Mas pada pagi itu. Tanpa membuang masa Pak Zawi mengambol kamera dan bergegas bersama Ayah Ku ke Pekan Pasir Mas untuk bertemu Ustaz Ab. Rahman yang telah pun siap memasangkan peralatannya dan barang jualan untuk hari tersebut. Malangnya Ustaz Ab. Rahman terlupa membawa dua alatan penting yang menjadi daya tarikan penting untuk persembahan beliau pada hari tersebut. Alatan yang Pak Zawi maksudkan ialah kecapi dan saxaphone  yang Ustaz Ab. Rahman rekacipta. Sebenarnya kecapi adalah satu alatan musik traditional yang sudah lama ujud cuma Ustaz Ab. Rahman ubah suai untuk menjadikan sesuai untuk persembahan di khalayak awam yang besar dengan menggunakan amplifier dan speaker. Ikuti cerita mengenai Ab. Rahman Alabaladi selepas Pak Zawi membuat tinjauan ke rumah beliau di Wakaf Baru. Cerita mengenai beliau akan Pak Zawi muatkan dalam LAISI untuk mencapai liputan yang lebih meluas.

Penjual ubat lain yang menggunakan sudut ini adalah kumpulan yang bermain ular bisa yang Pak Zawi pernah tunjukkan gambarnya sebelum ini. Seorang lagi penjual ubat yang membahasakan diri nya sebagai Tok Ayah juga sering menggunakan sudut ini. Malangnya gambar Tok Ayah yang Pak Zawi pernah ambil gambarnya tidak di temui.

Selain itu seorang lagi penjual ubat yang sering berkunjung ialah Pak Cik ini yang Pak Zawi lupa namanya.

Pak Zawi tak ceghak nak sususn gambar dengan wordpress. Terima la dulu dengan keadaan tidak tersusun ini ya.

Posted by: mohdzawi | October 30, 2008

Panggung Wayang Pasir Mas

Panggung wayang pertama di Pasir Mas terletak di Pengkalan Pasir lebih kurang 1.5 km dari pusat bandar di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan. Tapak panggung ini kemudiannya menjadi tapak Maktab Kadir Adabi dan masa kini adalah tapak sebuah sekolah swasta. Maktab Kadir Adabi mengalami nasib yang sama seperti sekolah-sekolah swasta yang seangkatan dengannya iaitu Insitiut Pendidikan Kota Bharu yang telah ditutup. Panggung ini dikenali di Pasir Mas sebagai Panggung Buruk. Ianya dibina dari kayu dan berlantaikan tanah walaupun menggunakan kerusi khas untuk panggung wayang.

 Di panggung buruk inilah saya berpeluang melihat tayangan filem Semerah Padi lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee dan arwah Saadiah. Saya telah mengikuti abang saya menaiki sebuah basikal dari Kampung Kangkung dengan saya menduduki atas alang basikal tersebut untuk perjalanan sejauh 6 batu. Keseronokan menonton wayang melupakan saya tentang kesakitan punggung sepanjang perjalanan tersebut.

Wayang yang ditonton adalah pada jam 2 petang dan masih terbayang mata yang berpinar-pinar semasa keluar kerana mata belum dapat mengsesuaikan dengan keadaan cerah di luar.

Saya tidak mempunyai peluang kedua untuk menonton dipanggung buruk kerana apabila saya mula belajar di Pasir Mas dalam tahun 1960 dan tinggal di Kampung Padang Tok La tak berapa jauh dari Kg. Pengkalan Pasir, panggung buruk tidak digunakan lagi walaupun ianya masih wujud. Pada masa itu Panggung Rex telah berdiri dengan megahnya dikawasan pekan dan diperbuat daripada kongkrit. Panggung Geroda juga telah dibina di jalan yang sama berhadapan dengan stesyen kereapi tidah jauh dari situ.

Lupa pula saya berapa umur saya masa saya pertama kali menonton di Panggung Rex. Kalau tak silap saya tahun itu adalah sekitar 58/59 iaitu masa saya berumur 8 ke 9 tahun. Yang pasti pada masa itu saya masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong dan berkaki ayam. Pada masa itu berkaki ayam adalah lebih senang kerana di musim tengkujuh, jalan tanah menuju kesekolah akan becak kerana jalan belum lagi bertar walaupun di jalan besar. Cuma dalam kawasan sekolah saja yang bertar.

Pihak panggung wayang telah datang ke sekolah-sekolah kampung menawarkan harga istemewa untuk kanak-kanak sekolah dengan harga 20 sen dan bebas untuk duduk dimana mana kelas. Pada masa itu saya lebih gemar duduk berhampiran dengan skrin. Oleh kerana skrin di Panggung Rex adalah agak tinggi, saya merasa sakit tengkok dan mencari kerusi jauh kebelakang. Rupanya dibelakang itu adalah kelas satu. Saya tidak merasa kelas rizab kerana ia berada diatas dan melalui pintu lain diluar.

Wayang yang dipertontonkan ialah sebuah filem lakonan aruah Tan Sri P. Ramlee berjudul Pendekar Bujang Lapok. Filem itu amat seronok dilakonkan kerana banyak adegan lucu.

Panggung Rex maju dengan menayangkan filem keluaran Shaw Brothers atau filem filem yang diedarkan olehnya. Shaw Brothers mengeluarkan filem Melayu di Studi Jalan Ampas di Singapura. Kami mengikuti perkembangan Studio Jalan Ampas melalui Majalah Filem yang merupakan majalah yang top pada masa itu. Majalah ini dikeluarkan dalam bentuk warna walaupun filem-filem yang dikeluarkan adalah masih lagi dalam hitam putih. Melalui majalah ini kami mengetahui nama nama pengarah bukan Melayu seperti L. Krishnan dan B.N. Rao dan make up artist A.V.Bapat. Jamil Sulung adalah pengarah Melayu yang seangkatan dengannya disamping Tan Sri P. Ramlee. Kassim Masdor dan Ahmad B adalah pencipta lagu lagu distudio ini.

Banyak film filem hebat ditayang dipanggung ini. Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Sarimah dan Zaiton menyebabkan orang Pasir Mas keluar panggung dengan mata merah kerana menanggis kesedihan.

Filem Inggeris yang meninggalkan kesan hebat pada saya ialah West Side Story lakonan Russ Tamblyn dan George Chakiris dan Natalie Wood. Pelakon lain seperti Richard Beymer dan Rita Moreno saya ketahui selepas saya membuat carian Google. Satu lagi maklumat menarik ialah filem ini diarah oleh dua pengarah iaitu Jerome Robbins dan Robert Wise dengan Robert Wise juga sebagai pengeluar. Filem yang dikeluarkan dalam tahun 1961 ini menelan belanja USD7,000,000 dan mengaut pendapatan kasar sebanyak USD43,700,000.

Saya tidak ingat judul ‘blockbuster’ filem Hindi yang ditayang di Panggung Rex kerana kebanyakan film Hindi yang menjadi Hits ditayang di Panggung Geroda. Panggung Geroda dipunyai oleh beberapa adik beradik seperti Wan Yaakob, Wan Ibrahim dan Wan Ishak. Panggung ini masih wujud cuma tidak kelihatan dari depan kerana deretan kedai dibina dihadapanya. Kita boleh melihat dalam panggung ini dengan mengunjungi kedai perabut bersebelahan TMPoint point Pasir Mas. Ia kini digunakan sebagai showroom oleh kedai perabut ini. Usaha saya untuk mengambil gambar dalam panggung tidak di persetujui oleh pemilik kedai perabut ini yang menghendaki saya mendapat kebenaran dari pemiliknya yang tinggal di Kampung Jias tak jauh dari rumah saya. InsyAllah saya akan dapat restu untuk mengambil gambar didalamnya.

Filem Melayu yang ditayang disini adalah keluaran Cathay Keris Film Production yang juga berpengkalan di Singapura. Justeru filem-filem edaran Cathay Keris sahaja ditayang di Panggung Geroda. Masih kah kita ingat dengan pelakon handalan seperti arwah-arwah Nordin Ahmad, Abdulah Chik dan Seniwati Roseyatimah? Juga Seniwati Latfah Omar? Untuk makluman penonton Seniwati Latifah Omar tinggal di Cameron Highlands dan menjalankan kegiatan sebagai petani Tanah Tinggi. Filem yang masih melekat di ingatan saya ialah Lanchang Kuning.

Seperti saya sebutkan tadi filem Hindi merupakan kekuatan Panggung Geroda. Mana kita boleh lupa akan filem Sangam dan Bobby. Tayangan filem ini akan berlaku selama tidak kurang dari dua minggu. Tiket pasti habis dan urusan membeli tiket akan melebatkan kekuatan fizikal kerana sikap berebut rebut dikalangan penonton. Paling penting keupayaan menahan bau badan yang berpeluh kerana berasak-asak didepan lubang. Kaum yang lemah akan meminta tolong kaum lelaki macho yang dengan rela hati menerima ucapan terima kasih dari kaum hawa yang meminta tolong sebgai upahan. Kalau tak mahu bersusah beli saja tikit pasaran gelap yang mahal sikit dari harga biasa.

Filem agung Inggeris yang ditayang dipanggung ini ialah filem-filem seperti The Ten Commandments, Ben Hur yang dibintangi oleh Charlton Heston dan The Guns of Navaron yang dibintangi oleh Gregory Peck, Anthony Quinn dan David Niven.

Filem The Ten Commandments yang dikeluarkan dalam tahun 1959 dan dibintangi oleh Charlton Heston, Yul Bryner dan Anne Baxter adalah filem pertama yang saya tontoni di Panggung Geroda. Filem nya yang begitu panjang mengambil masa 220 mint dan disediakan waktu rihat ditengah-tengah cerita. Di masa ‘Intermission’ inilah saya mengecapi minuman Coca Cola saya bagi pertama kalinya setelah melihat orang meminumnya dikedai-kedai kopi. Pada masa itu harga Coca-cola adalah 30 sen dan rebet 10 sen diberikan apabila botol dipulangkan. Kalau tak silap saya filem filem Elvis Pressley juga ditayangkan dipanggung ini.

Panggung ini juga pernah menjadi tempat bagi pertunjukan silap mata oleh John Calvert seorang artist silap mata antara bangsa. Kedatangan John Calvert ditaja oleh syarikat rokok Matterhorn. Pada masa siang hari sebelum pertunjukkan dimulakan, John Calvert telah menyangkan kehebatannya dengan memandu kereta dengan matanya ditutop dengan plaster. Dia memandu sendirian dengan mengekori dibelakang sebuah Land Rover polis melalui liku liku selekoh dalam Pakan Pasir Mas yang kecil ini. Sekembali di Panggung Geroda tanpa sebarang kemalangan, John Calvert membuka penutup matanya dan membaling kepada orang ramai.

Persembahan malam itu amat hebat. Dari luar saya dapat mendengar suara penonton kekagumana. Saya tidak mampu menonton didalam dan cuma mendengar diluar dan melihat didalam apabila pintu dibuka apabila penonton masuk dan keluar. Diakhir persembahan John Calvert membaling kota-kotak rokok Matterhorn kearah penonton yang berebut-rebut untuk mendapatkannya tanpa memikirkan keselamatan diri apabila terpaksa melompat dari tempat duduk mereka.

Apabila tamat persembahan saya bertanyakan kawan yang menonton apa persembahan yang paling menakjubkan. Nyata persembahan membelah seorang wanita dengan gergaji kemudian mencantum semula adalah paling top. Malam itu saya pulang dengan merasa puas setelah mengetahui apa yang dipertunjukkan pada malam tersebut. Bagi orang miskin, menghidu bau msakan enak adalah mencukupi untuk menikmati kelazatan makanan yang dimasak.

Sebuah kugiran terkemuka dari Kelantan ialah The Streak yang diketuai oleh Tengku Mahaleel bekas CEO Proton. Pemain drum kumpulan ini adalah Fauzi Hamid yang kini adalah President Mofaz. Mereka pernah membuat persembahan di Panggung Geroda Pasir Mas dan lagu Satisfaction yang dipopularkan oleh The Rolling stones adalah antara lagu yang mereka sering persembahkan dan mendapat sambutan hangat. Saya melihat persembahan mereka semasa mereka membuat latihan pada petang sebelum persembahan sebenar pada malamnya.

Saya meninggalkan Pasir Mas dalam tahun 1969 untuk belajar di Serdang dan selepas tamat pengajian terus bertugas di Johor, Pahang dan Kedah semasa bekerja dengan Felda. Hampir 10 tahun dari tarikh peninggalan saya Panngung Geroda ditutup dalam tahun 1978 dengan penayangan filem Hapuslah Air Mata yang dibintangi oleh arwah Broery Marantika dan Sharifah Aini. Penyangan ini adalah tepat sekali sebagai tayangan penutup. Pemilik panggung Geroda sudah tidak dapat bertahan menanggung kerugian kerana kekurangan sambuatan dari penonton yang lebih gemar menonton television yang mula mampu dimiliki ramai. Sekiranya tak mampu rumah jiran akan jadi tumpuan,

Semua ini saya dapat maklumatnya dari Abang Li atau Ramli Idris yang menjadi pelukis di Panggung Geroda. Abang Li juga menjadi jurujual tiket panggung Geroda. Cerita Abang Li akan saya tulis khusus dalam blog yang akan datang.

Apabila Panggung Geroda ditutup, Abang Li berpindah ke Panggung Rex. Beliau tidak ingat filem apa yang terakhir ditayangkan di Panggung Rex apabila ianya juga ditutp pada tahun 1980.

Isteri saya ketawa sakan apabila saya mengingati beliau akan masa silam dimana kami sering pergi dating di Panggung Rex. Kenangan lalu memang mengusik jiwa.

Nota:

Gambar gambar akan dimuatkan dalam blog saya Life As I see It apabila siap nanti.

Posted by: mohdzawi | October 21, 2008

BANK RAKYAT PASIR MAS HARI RAYA OPEN HOUSE

The Present Site

The Present Site

The VIPs

The VIPs

Today 21st Oktober 2008 Bank Rakyat Pasir Mas held a Hari Raya Open house at its branch located in the Bangunan Serakai Mas. I was informed by a close friend Tuan Syed Halim Jamalulail about it but since I have just had my lunch and was not in the best of clothes, I felt it was not appropriate to for me attend such a function.

Later when I went to the bank to withdraw some money, the staff at the bank invited me to go upstairs to attend it. I asked them if I could take some photograph to which he said yes. So there I was in the not so best of clothes taking some pictures including that of my friend Tuan Syed Halim Jamalulail who everybody in Pasir Mas addressed as Ayah Ku or Pok Ku. I will reserve the story about Ayah Ku for another time as I want to blog about him as one of the personalities in Pasir Mas.

Even though they had the function of on a working day, there was no disruption to their services. All customers who came to the bank that day was treated to a sumptous lunch.

Bank Rakyat will be relocated to another premise soon at the Wisma Majlis Daerah Pasir Mas. The new office is still under renovation. The earliest they could relocate will be in December and the latest by January 2009 depending on how soon the new office can be ready.

Here are some pictures of the open house by Bank Rakyat Pasir Mas.

Posted by: mohdzawi | September 21, 2008

Bandar Baru Pasir Mas

Bandar Baru Pasir Mas

Pelan susunatur Bandar Baru Pasir Mas

Ramai diantara kita yang pulang sekali sekala akan merasa kecewa apabila melihat kelembapan pembangunan Bandar Pasir Mas. Disamping satu dua bangunan baru yang terbina, tidak nampak apa-apa perbezaan ketara sebagaimana berlaku di Kota Bharu. Seorang jurugambar dari London yang berasal dari Malaysia menyatakan perasaan menarik apabila beliau melihat gambar dibawah.Bangunan Cantik

Steven Lee seorang jurufoto dari London kata bangunan ini cantik dan baik disimpan.

Sebenarnya pembangunan Bandar Pasir Mas adalah agak sukar kerana bandar kecil ini tersepit diantara Sungai Kelantan dan laluan kereapi. Sebahagian besar tanah dalam bandar yang kini digunakan sebagai stesyen bas, stesyen kereta sewa hingga ke stesyen minyak Caltex adalah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu. Justeru ianya tidak dapat di gunakan untuk pembangunan bangunan kekal.

Masalah kesesakan kenderaan dalam bandar terutama pada hari perayaan seperti yang akan datang ini, menyulitkan lagi kehidupan dalam bandar kecil ini.

Untuk mengatasi masalah ini satu tapak Bandar Baru Pasir Mas yang letaknya 8 km dari bandar Pasir Mas telah dikenal pasti dan pembangunannya telah pun bermula. Tapak ini adalah tanah kerajaan justeru tdak tibul masalah pengambilan tanah yang pastinya menelan belanja yang banyak. Bandar Baru ini terletak di Lubuk Jong berhadapan denan Pusat Kemahiran Tinggi Mara.

Berikut adalah gambar-gambar terkini yang baru saya rakamkan.

Bandar Tasik Raja

Bandar Tasik Raja

Banda Baru Pasir Mas

Bandar Baru Pasir Mas

Signboard Bandar Baru

Signboard Bandar Baru

Pasar Baru

Pasar Baru telah lama didirikan tapi pebinaan belum bermula

Bangunan Rosak

Bangunan Rosak ditengah bandar lama yang patut dirobohkan

Kedai Omar AlAhmadi telah ditukar atapnya kerana atap lama sudah bocor.
Kediaman Buruh KTM

Kediaman Buruh KTM. Bangunan ini perlu diubah suai untuk ianya lebih menarik sesuai dengan kedudukannya di tengah bandar lama

Banguan lama dalam bandar

Banguan lama dalam bandar

Bangunan lama tepi sungai

Bangunan lama tepi sungai. Dulu kawasan ini adalah nadi Bandar Pasir Mas semasa sungai menjadi perhubungan penting

Posted by: mohdzawi | September 18, 2008

STESYEN BAS PASIR MAS

Bas Lama

Bas Lama (Gambar ihsan dari En. Mat Seni Budi Pasir Mas).

Mereka yang seangkatan dengan Akmal Wiseup mungkin tidak tahu dimana letaknya stesyen bas lama Pasir Mas sebelum ianya ditempat yang ada sekarang. Nanti saya beritahu sebantar lagi.

Lihat sahaja gambar diatas dan dapat kita bayangkan betapa lamanya masa yang telah berlalu yang dapat digambarkan daripada bentuk bas diatas. Bas-bas pada masa tersebut diusahakan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang sebelum ini dikenali sebagai North Eastern Transport Services (NETS). Pada masa tersebut jika kita sebut sahaja NETS orang akan tahu maksudnya bas seperti mana kita tahu bahawa Colgate itu ialah ubat gigi.

Jika kita perhatikan bas diatas mempunyai nombor pendaftaran T6163. T pada masa tersebut adalah untuk Kelantan dan Trengganu sebelum D di ujudkan khusus untuk Kelantan dan Trengganu mewarisi abjad T. Bas diatas cuma dibenarkan membawa 20 penumpang. Kalau dialihat pada gambar, jelas sekali bilangannya  lebih sekali ganda. Perhati pula nombor telefon Pasir Mas pada masa tersebut cuma 3 angka. Dalam kes ini no telefon Stesyen Bas Pasir Mas ialah 350. Bantuan telefonis sepenuhnya diperlukan untuk membuat sambungan.

Sebuah lagi bas serupa T6162 terlibat dalam satu kemala ngan ngeri di persimpangan keretapi Lati Pasir Mas yang meragutkan banyak nyawa. Sebuah bas yang sarat dengan penumpang kebanyakkannya murid-murid sekolah dirempuh keretapi kerana injinnya mati ditengah landasan keretapi. Hari tersebut ada hari terakhir persekolahan dan ramai yang hendak pulang kerumah. Lepas kejadian itu semua pintasan keretapi wajib di pagar dan Kerajaan pada masa tersebut membelanjakan berjuta ringgit untuk mengadakan pintu lintasan. Cerita kemalangan ini akan saya buat dalam blog yang lain.

Sebenarnya tapak stesyen bas asal terletak disebelah bangunan Jamiah sekarang. Dulunya bangunan Jamiah itu adalah sebuah bangunan kayu yang kecil sahaja jadi lebih luas lah ruang untuk bas berhenti. Tambahan pula pada masa dahulu bilangan bas yang berhenti tidak banyak. Dihadapan stesyen bas itu juga terdapat stesyen kereta sewa.

Tapak stesyen bas yang ada sekarang adalah adalah tanah Keretapi Tanah Melayu yang dahulunya ditanam dengan kelapa  yang tidak sebanyak mana hasilnya. Pada masa itu minuman air kelapa muda belum popular. Disini jugalah dimana Sarkas dari seluruh dunia datang untuk membuat persembahan. Ya dulu sering terdapat kunjugan Sarkas dari India, Brazil dan Britain.

Bagi mereka yang seangkatan dengan saya dan pernah menggunakan stesyen bas lama, coretan ini adalah satu imbasan kembali kepada zaman silam dimana Panggung Rex berada ditapak Bangunan Tenaga Nasional sekarang. 

Posted by: mohdzawi | September 11, 2008

TEMBAKAU DARAT

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Merokok Membahayakan Kesihatan. Cukai dari rokok membantu membangunkan negara. Tembakau darat tak kena cukai.
Nota penulis,
Tembakau darat dan tembakau barat adalah dua perkara yang berbeza. Tembakau barat datang dari Thailand dan biasanya mengandungi bahan-bahan yang boleh menambah khayalan apabila merokok. Jika khayalan yang dicari, tahulah anda tembakau mana yang ada perlu beli.
Tulisan ini tidak menggalakkan yang bukan perokok menjadi perokok tapi cuma untuk membantu perokok mengurangkan kos merokok walaupun kedua-dua jenis tembakau boleh membawa penyakit. Oleh kerana merokok membahayakan orang yang tidak merokok kerana second hand smoke, yang bukan merokok tak kisah sekiranya yang merokok jatuh sakit.
Sejak harga rokok mleambung naik dengan banyaknya, ramai perokok mengambil langkah, langkah seperti berikut:

1. Tukar kepada brand yang lebih murah yang mereka tidak akan hisap masa rokok belum naik harga.

2. Kurang merokok dan beli sebatang bila terasa ingin merokok

3. Berhenti membeli rokok dan tunggu kawan yang ada rokok untuk minta sebatang.

4. Berhenti merokok (Jarang berlaku tapi ada berlaku)

5. Hisap rokok daun dengan menggunakan tembakau darat.

Mana-mana pun punca tersebut adalah kerana harga rokok naik hingga ke RM9.00 sekotak 20 batang bagi Dunhill atau Benson. Kalau beli sebatang harga nya ialah RM0.60.

Ini adalah sebenarnya satu perkara yang baik. Sebabnya sekarang tembakau darat dah ada harga kembali dan perusahaan ini hidup semula. Semasa saya kecil-kecil dahulu bapa saya guna tembakau ini sebagai ubat nyamuk kerana ianya tak laku. Walaupun ibu bapa saya susah-susah menanam danmemperoses sampai jadi tembakau, tak ada permintaan masa tu kerana rokok ciggarette murah.

Baru baru ni saya sempat melihat bagaimana tembakau ini di proses. Saya bersama Akmal telah pergi ke Kampung Tepi Sungai Pasir Mas dengan Akmal of Wiseup berindak sekali lagi sebagai cameraman (tanpa bayaran) dan saya sebagai penulis (tak ada bayaran juga). Disana kami melihat Ah Chai dan ibunya membuat tembakau darat.

Untuk pengetahuan kaki rokok disini saya cuba terangkan bagaiman daun daun tembakau dihiris sehinga di keringkan dan menjadi sesuai untuk dijadikan tembakau rokok.

Selepas dikutip dari pokok, daun tembakau basah dibuangkan pelepah atau tulang belakang daun. Caranya adalah seperti gambar dibawah. Cara Ah Chai sendiri buat adalah dengan menggunakan tali sepertimana yang saya pernah buat semasa kecil-kecil dahulu. Malangnya semasa kami ke rumah Ah Chai, proses ini sudah disiapkan.

Secara bergambar saya tunjukkan bagaimana tembakau dibuat sehingga disiapkan untuk diguna.

Amaran Kerajaan Malaysia- Merokok membahayakan kesihatan

Membuang tulang daun dengan pisauTulang daun terasing dari daun

Daun disusunDaun yang siap disusun di gulung

Digulung dengan lebih kemasGulung yang siap di ikat

Alat untuk menghirismengiris

Mengecer

Menjemur

Gulung daun rokok

Memasang api

Posted by: mohdzawi | September 3, 2008

Pembukaan Pasaraya Pantai Timur

Pagi tadi jam 9.00 pagi telah bermula majlis perasmian pembukaan Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas. Majlis ini disempurnakan perasmianya oleh YDP Majlis Daerah Pasir Mas merangkap Ketua Jajahan Pasir Mas En. Fauzi Mat.

Acara telah dimulakan dengan pertunjukkan tarian naga oleh belia-belia Cina Pasir Mas. Upacara perasmian dilakukan dengan memotong ribbon di pintu masuk selepas beberapa ucapan oleh wakil pihak Pasaraya dan juga YDP Majlis Daerah Pasir Mas diikuti dengan paluan rebana ubi yang bergemuruh.

Inilah pintu masuk ke Pasara Pantai Timur

Inilah pintu masuk ke Pasara Pantai Timur

Penduduk Pasir Mas tidak perlu lagi ke Kota Bharu untuk membeli belah di pasaraya. Sebelum ini Pasaraya Pantai Timur telah pun membuka cawangan di Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar gambar di majlis tersebut.

Petang ini Jalan dihadapan Pantai Timur penuh sesak dengan mereka yang ingin mencuba berbelanja di Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas. Beberapa barang keperluan seperti gula dan minyak masak dikatakan dijual dengan harga lebih murah dari biasa tetapi bilangannya dihadkan kepada 2 unit bagi seorang pengunjung. Tambahan pula orang yang ingin membeli belah di pasar ramadhan yang terletak hampir didepan pasaraya ini juga singgah melihat-lihat. Kami singah juga tetapi dengan menggunakan motorsikal yang nyata lebih mudah.

Posted by: mohdzawi | September 1, 2008

Bazaar Ramadhan @ Pasir Mas

Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Pada hari ini telah bermula lah Bazaar Ramadhan Pasir Mas yang terletak disebelah stadium. Petang ini penuh sesak dengan pengunjung termasuk Pak Zawi dan isteri.

Penuh sesak dengan pengunjung
Penuh sesak dengan pengunjung
Posted by: mohdzawi | September 1, 2008

Hari Pengurnian Dan Pembukaan Supermarket Pantai Timur

Hari Pengurniaan

Pada 30 Ogos 2008 satu majlis Pengurniaan telanh berlangsung di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. Majils tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Perempuan Kelantan. Acara telah dilangsungkan pada jam 11.00 pagi. Secara kebetulan saya dalam perjalanan ke Taman Negara Kuala Koh Gua Musang Kelantan dan cuma dapat merakamkan beberapa keping gambar kerja-kerja persediaan  untuk upacara tersebut.

Banner Di Pintu Gerbang

Banner Di Pintu Gerbang

 Mereka-mereka yang telah dikenalpasti untuk menerima pengurniaan tersebut telah mendaftarkan diri sebelum acara dimulakan.

Majlis Pendaftaran

Majlis Pendaftaran

Ruangan dalam dewan masih lagi kosong kerana penerima masih lagi sibuk mendaftar.

Keadaan Dalam Dewan

Keadaan Dalam Dewan

Hadiah Basikal

 

PEMBUKAAN PANTAI TIMUR SUPAERMARKET
Pembukaan Pantai Timur Supermarket akan dibuat tidak lama lagi

Pembukaan Pantai Timur Supermarket akan dibuat tidak lama lagi

 

Tarikh sebenar pembukaan pada 3 September 2008. Pembukaan nya akan menguntungkan pengguna yang tak perlu lagi ke Kora Bharu untuk berbelanja. Sebaliknya pihakpengusaha kedai runcit di jangka akan menghadapi masalah untuk kekal berniaga. Salah satu dari outlet mini market Millineum dijangkan akan mengurangkan operasinya dari 3 buah kepada 2 buah.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.