Posted by: mohdzawi | September 18, 2008

STESYEN BAS PASIR MAS

Bas Lama

Bas Lama (Gambar ihsan dari En. Mat Seni Budi Pasir Mas).

Mereka yang seangkatan dengan Akmal Wiseup mungkin tidak tahu dimana letaknya stesyen bas lama Pasir Mas sebelum ianya ditempat yang ada sekarang. Nanti saya beritahu sebantar lagi.

Lihat sahaja gambar diatas dan dapat kita bayangkan betapa lamanya masa yang telah berlalu yang dapat digambarkan daripada bentuk bas diatas. Bas-bas pada masa tersebut diusahakan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang sebelum ini dikenali sebagai North Eastern Transport Services (NETS). Pada masa tersebut jika kita sebut sahaja NETS orang akan tahu maksudnya bas seperti mana kita tahu bahawa Colgate itu ialah ubat gigi.

Jika kita perhatikan bas diatas mempunyai nombor pendaftaran T6163. T pada masa tersebut adalah untuk Kelantan dan Trengganu sebelum D di ujudkan khusus untuk Kelantan dan Trengganu mewarisi abjad T. Bas diatas cuma dibenarkan membawa 20 penumpang. Kalau dialihat pada gambar, jelas sekali bilangannya  lebih sekali ganda. Perhati pula nombor telefon Pasir Mas pada masa tersebut cuma 3 angka. Dalam kes ini no telefon Stesyen Bas Pasir Mas ialah 350. Bantuan telefonis sepenuhnya diperlukan untuk membuat sambungan.

Sebuah lagi bas serupa T6162 terlibat dalam satu kemala ngan ngeri di persimpangan keretapi Lati Pasir Mas yang meragutkan banyak nyawa. Sebuah bas yang sarat dengan penumpang kebanyakkannya murid-murid sekolah dirempuh keretapi kerana injinnya mati ditengah landasan keretapi. Hari tersebut ada hari terakhir persekolahan dan ramai yang hendak pulang kerumah. Lepas kejadian itu semua pintasan keretapi wajib di pagar dan Kerajaan pada masa tersebut membelanjakan berjuta ringgit untuk mengadakan pintu lintasan. Cerita kemalangan ini akan saya buat dalam blog yang lain.

Sebenarnya tapak stesyen bas asal terletak disebelah bangunan Jamiah sekarang. Dulunya bangunan Jamiah itu adalah sebuah bangunan kayu yang kecil sahaja jadi lebih luas lah ruang untuk bas berhenti. Tambahan pula pada masa dahulu bilangan bas yang berhenti tidak banyak. Dihadapan stesyen bas itu juga terdapat stesyen kereta sewa.

Tapak stesyen bas yang ada sekarang adalah adalah tanah Keretapi Tanah Melayu yang dahulunya ditanam dengan kelapa  yang tidak sebanyak mana hasilnya. Pada masa itu minuman air kelapa muda belum popular. Disini jugalah dimana Sarkas dari seluruh dunia datang untuk membuat persembahan. Ya dulu sering terdapat kunjugan Sarkas dari India, Brazil dan Britain.

Bagi mereka yang seangkatan dengan saya dan pernah menggunakan stesyen bas lama, coretan ini adalah satu imbasan kembali kepada zaman silam dimana Panggung Rex berada ditapak Bangunan Tenaga Nasional sekarang. 


Responses

  1. pak zawi

    ooo br lah saya tau tentang lokasi stesen bas dulu2…tapi saya masih ingat lg tentang panggung rex tu

  2. Din,
    Itu lah lokasinya. Di samping stesyen keretapi, stesyen bas adalah tumpuan orang ramai. Dengan adanya pengangkutan bas maka terpadamlah pengangkutan sungai yang dulunya adalah penting bagi bandar Pasir Mas.

  3. Zawi,

    Dah lama saya dok baca artikel yang zawi tulis. Memang mengembalikan kenangan silam. Bila tengok gambar bas teringat kita naik bas bersama-sama tok peraih dan raga-raga sayur. Lepas tu turun bas di stesyen dan berjalan kaki ke sekolah melalui jalan pintas yang ada pokok kelapa tu. Sampai kelas selalunya lewat. Tapi guru-guru kita dah sedia maklum dan faham masalah kita.

    Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin.

  4. Mama,
    I presume you must be my classmate Napsah Mahmud. Please correct me if I am wrong. If you have experienced that bus ride, you can only be her.
    Dalam tahun 60an terdapat juga jalan sungai dimana bot penambang digunakan untuk datang ke Pasir Mas dari seberang P Mas. Mereka tak lah sering lewat seperti pengguna keretapi atau bas.
    Baru ni saya ada mengambil gambar di pengakalan bot di tepi sungai dan dapat saya bayangkan betapa sibuknya tempat itu dimasa dulu seperti mana juga sibuknya di stesyen bas selepas itu. Kehadiran bas dan kereta sewa dan terbinanya jambatan menyeberangi Sungai Kelantan di Lemal melenyapkan sama sekali penggunaan bot sebagai pengangkutan.

  5. Zawi,
    Betul la tu, saya masa tu dok di Semuba. Skng dah berstatus pencen kerajaan tu la bila ada masa dok layari internet.

  6. Mama,
    Ingat Hasmah Che Seman dari Semuba? Dia sekarang tinggal di Padang Tok La. Masa buat gathering 2005 saya pergi rumah dia ajak dia join sama tapi dia segan rasanya.
    Sejak pencen ini saya cuma menulis untuk kepuasan diri malalui blogs. Pada awalnya saya buat blog My Pasir Mas dalam BI tapi oleh kerana target audience kini tertumpu kapada generasi baru dari P Mas, terpaksa guna BM walaupun kekok sikit. Terima kasihlah kerana sudi membaca dan membuat komen. Komen Mama memberi saya semangat untuk terus menulis.
    Untuk makluman Mama dan kawan-kawan lain classmate kita Nasaruddin Ahmad (cucu Pak Muda of Muda Osman) telah pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat (kelmarin) kerana stroke dn diabetes. Kita sama sama lah berdoa agar rohnya di limpahi rahmat oleh Allah.

  7. Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’uun

  8. tak sempat tgk bas nie..

  9. aremalzz,
    Itu maknanya awak ni dari generasi baru.
    Selamat Hari Raya

  10. Aslmkm Pak Zawi,

    Blog ni mmg menarik hati saya. Rasa bangga pun ada sbb tmpt kelahiran saya tu.

    Terangsang utk buat blog ttg diri ni dan related dgn tanah tumpah darah ini “Pasir mas”.

    Sudi kiranya Pak Zawi dan member bloggers bagi tunjuk ajar.

    Terima kasih. “Selamat Hari Raya buat semua muslimin& muslimat”

    Dari;

    Luk

  11. luk,
    Terima kasih kerana mengungjung.
    Kalau ingin jadi blogger, saya syurkan guna blogspot dulu sebab bagi saya blogspot lebih mudah.
    Kalau nak belajar datang la rumah saya kat Mekasar sebelah pagi. Call dulu 7903785 atau 0199125647 untuk mempastikan saya ada dirumah atau tidak. Kalau ada laptop yang ada wifi, bawa la bab lebih selesa buat kerja diluar rumah. Bukanya susah nak buat blog jadi tak payah nak bayar apa apa.

  12. saya bangga bila saya baca tentang p.mas. Dulu rumah saya kat pohon chelagi tetapi skrg saya dah berpindah. Saya dapati pohon celagi sekarang sangat2 teruk. terutamanya deretan rumah kedai di sepanjang jalan. saya harap sangat bandar p. mas dapat dicerakan kembali.

  13. asm,
    Saya juga pernah tinggal di rumah sewa di Pohon Celagi semasa saya dalam tingkatan 2 dan 3. Saya menyewa di rumah gemuloh Mak Cik Jah yang kini tiada lagi kerana terbakar. Memanglah Phon Celagi kelihatan seperti slum area.
    Entahlah bila ia akan berubah.

  14. Tkasih Pak Zawi,

    Diatas kesudian itu. insyallah saya akan gunakan kesempatan masa yg ada utk bjumpa. Almaklumlah cuma hari Jmaat & Sabtu jer saya ade kat rmh.

    Mekasar tu, kalau dari Pmas tu slp Sekolah Mekasar ker? Sebelah mana?

    Senang2 nati saya msg, jmpa lagi…?

    Luk

  15. T kasih Pak Zawawi di atas usaha mengadakan web site Pasir Mas. Saya teruja dengan web site Pasir Mas kerana banyak nostalgia di Pasir Mas. Saya juga budak Semuba tp tak brapa kenal dengan Pak Zawi. Pak Zawi tinggal di Semuba Tengah atau Semuba Hujung atau dekat stor kayu. Saya pun dah dekat nak pencen juga. Salam. jumpa lagi

  16. Omar,
    Saya bukan berasal dari semuba cuma ada waris di Semuba. Saya di lahirkan di Kg. Kangkong dan keluarga kami berpindah ke Chekok sejak saya masih kecil lagi. Saya kemudian bersekolah di Kangkong dan tinggal bersama datok saya di tepi sunngai. Lepas darjah 4 saya menyambung persekolahan di Pasir Mas jadi adalah mustahil untuk saudara mengenali saya.

  17. Pak Zawi, Saya pun berasal dari Kpg Kangkong juga, Di Kpg Kangkong tepi sungai ???? tempat saya mandi mada zaman budak budak dulu, sapa nama datuk nya. Pak Zawi bersekoah di SK Kangkong dari tahun berapa ???? saya juga bersekolah di SK Kangkong pada awal 1960an. Bukan mustahil nak kenal demo weh. Kawe pun orang ssohor juga.

    di Semuba, sapa nama waris Pak Zawi.

  18. Omar,
    Atuk saya nama Tok Chu Jusoh. Rumah dekat pengkalan motor dulu. Dekat mesin padi. Sekarang semua dah tak ada.
    Disemuba waris saya adalah keluarga gemuloh Tok Chu Jaafar yang beristerikan seorang Cina muaalaf nama Mek Yam. Anak dia gemuloh Abang Lah.
    Saya di Sekolah Kangkong tahun 1957 – 1959 dan masa darjah 4 saya pindah ke Special Malay Class SIS tahun 1960.
    Di Kangkong sedara saya yang lain ialah Zawawi Muhamad, Abdulllah Mat Zain Mardi.

  19. Pak Zawi,

    nama Zawawi Muhamad dimana rumah bapanya sebelah mesin padi di Kangkong, mantan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan. Adiknya sekarang bekerja di pejabat Tanah Pasir Mas, seorang lagi adiknya bernama Cikgu Razlan, mengajar di SMK Tok Uban.
    waris awak di Semuba nama gemulah Pak Cu Jaafar, ( baru saja meninggal) anaknya nama gemulah Abang Lah ( sudah lama meninggal ) rumah kedua-duanya bersebelah jalanraya ( sebelah nnaik dan sebelah jjatuh) anak Abang Lah namanya Cikgu Din, baru bertukar ke Kelantan. dulu mengajar di Pulau Pinang.

    Atok awak Pak Cu Jusoh – ada motorbot sungai.

    Agaknya saya pun kenal juga dengan Pak Zawi, tp saya tak berapa tahu dimana awak bekerja dan apa jawatannya. Cuma tahu awak sudah pencen dan sekarang menetap di Chekok pula.

  20. Omar,
    Banyak yang betul dalam kenyataan sedara kecuali atok saya Pak Chu Jusoh tak ada motorbot dan beliau meninggal masa saya di Primary School lagi.
    Saya mula bekerja dengan Felda dalam tahun 1972 di Johor dan Kedah. Kemudian saya masuk Kympulan Fima dan ditugaskan di Besut Terengganu. Pada akhir 1983 saya bekerja dengan KESEDAR di Gua Musang dan bersara pada awal 2006 dan menetap dirumah saya di Mekasar yang saya beli sejak 1981. Rumah keluarga saya di Chekok tiada lagi.

  21. Pak Zawi,

    Sebenarnya Pak Zawi Bertugas di KESEDAR

    Memang Pak Zawi jadi kawan dengan Hj Ghani di KESEDAR, HJ Ghani Mahmud ( Timbalan GM) juga orang Semuba. En Ahmad Jihadudin (Timb GM ) Pegawai PTD. kenalan kawan saya mereka berdua

    jumpa lagi.

    Pak Zawi jangan terkejut dengan saya. banyak maklumat lagi yang akan saya berikan .

  22. omar,
    Ya betul tu. Haji Ghani sekarang Timb. Pengurus Besar. Masa saya bertugas di Kesedar pada akhir 2005, En. Ahmad Jihadudin belummasuk Kesedar. Di Semuba ada lagi sedara saya nama Jusoh yang juga ada pertalian keluarga dengan Hj. Ghani. Jusoh adalah seorang yang hebat dalam perniagaan pengangkutan.
    Rasa saya tidak banyak perkara lagi dalam hidup ini yang boleh mengejutkan saya hehehehehe. Gurau tu. Kalau datang P Mas call saya 019 9125647.

  23. Jumpa lagi Pak Zawi,

    Sedara awak nama Jusoh. Namanya HJ Jusoh Bakar, Tawke lori besar Kg Semuba, Rumahnya berdepan dgn rumah bapa Hj Ghani Tim GM KESEDAR. Anak Hj Jusoh ada bertanding Ketua Pemuda UMNO Bhg Pasir Baru-baru ni. Namanya Aimi. Pak Zawi tinggal di Kg Kasar, dekat stesyen minyak ESSO atau dekat Masjid Kg Kasa dekat dengan rumah Us Uthman Muhammadi atau berhampiran dengan sekolah SK Kasa tepi taliair atau tinggal dibelakang kilang kacang (sudah tutup). Semasa pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 2005 saya cukup mahir dengan kawasan itu termasuk Kg Kasa. Kalu Pak Zawi beri sikit lokasi rumah, saya dapat agak tempatnya.

  24. Omar,
    Tahniah. kali ini semua maklumat hampit tepat. Mesjid dekat rumah Usman Muhamadi tapi jauh sikit dari rumah saya. Dah kasi no telefon tu kalu datang call saja la.
    Rumah saya sebelah rumah Cikgu Wan Daud. Belakang rumah saya rumah Ustaz Wil. Masa pilihanraya tak kecil Pengkalan Pasir saya mengundi di sini.
    Orang sini tak ramai kenal saya kerana saya orang pendatang ke sini.

  25. Dear Uncle Zawi
    Uncle u r GREAT.I wonder why today i stumble to your blog?!Your pictures of yesteryears n current scene (I presumed) reminds me of my late sweetheart from Kampung Bakong.Cant hold my tears uncle.U truly make me walk my past today.
    Dearest uncle,if u have more of current photos n specially that of Kampung Bakong police station n surrounding,I would much appreciate to be send thru my email.
    Uncle 5 years has passed but memories live on.I am not from Kelantan n I cant go there as my past still haunting me.God blessed u n family.

  26. salam pak wie…

    tq for nice n cute bloq on PM. still in flash all old stories. sy generasi baru tapi still ingt PM masa kecik2 dlm awl 70′s. so jika pak wie ada gmbr spt kat stesen keratapi atau pasar basah yang lama, x silap saya dekat kwsn stn tu gak. tq

    • Mat Jedi,
      Ambo sedang cari gambar lamo ngan kawan kawan di Pasir Mas. Ada kat Che Mat Seni Budi tu tak gi ambik lagi. Nanti ambo blog la bila ada bahan. Lo ni tak ada bahan kat tangan ambo.

  27. cik zawi.. nak pinjam gambar ini bolehkah?

    terima kasih..

    • Ambik je la

  28. saya mahu maklumat lengkap untuk lawatan anak muris saya dari Prasekolah SK. Kg. Gemuroh. terima kasih

    • Maklumat apa yang Puan Rozana nak?

  29. salam pak zawi

    seronak lawat blog pak zawi, saya dilahirkan di Tal Tujuh tahun 1975, walaupun saya dibesarkan di Jeli dan sudah menetap di Lumut Perak hampir 18 tahun namun secara jujurnya cinta hati saya adalah Pasir Mas. terlalu banyak memori indah disana… kenangan pahit dan manis di tebing sungai tanam tembikai dan jatuh cinta dgn keharmonian Pasir Mas.

    terima kasih kerana melahirkan blog ini.

    • Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. Begitu juga lah Pasir Mas pada Pak Zawi. Pak Zawi pencen dan kembali menetap di Pasir Mas walaupun semua anak anak Pak Zawi menetap di Kuala Lumpur.

  30. Banyak cerita yang menyentuh hati saya berkenaan gambaran penceritaan dipasir mas, walaupun saya dilahirkan digenerasi baru lewat 70an, alangkah seronoknya mendengar cerita keadaan dipasir mas suatu ketika dahulu, saya adalah penduduk kampung pohon chelagi generasi baru, terima kasih kerana menghasilkan blog ini pak zawi

  31. saya masih igat masa dulu naik bas skmk dari rantau panjang ke pasir mas laluan jln lama,ambik masa yg lama nak spai p,mas.

    • Diey,
      Laluan lama masih ada dan rasanya masih ada bas yang melalui jalan itu sekarang. Bolehlah kalau nak cuba sekjali lagi,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: