Posted by: mohdzawi | September 21, 2008

Bandar Baru Pasir Mas

Bandar Baru Pasir Mas

Pelan susunatur Bandar Baru Pasir Mas

Ramai diantara kita yang pulang sekali sekala akan merasa kecewa apabila melihat kelembapan pembangunan Bandar Pasir Mas. Disamping satu dua bangunan baru yang terbina, tidak nampak apa-apa perbezaan ketara sebagaimana berlaku di Kota Bharu. Seorang jurugambar dari London yang berasal dari Malaysia menyatakan perasaan menarik apabila beliau melihat gambar dibawah.Bangunan Cantik

Steven Lee seorang jurufoto dari London kata bangunan ini cantik dan baik disimpan.

Sebenarnya pembangunan Bandar Pasir Mas adalah agak sukar kerana bandar kecil ini tersepit diantara Sungai Kelantan dan laluan kereapi. Sebahagian besar tanah dalam bandar yang kini digunakan sebagai stesyen bas, stesyen kereta sewa hingga ke stesyen minyak Caltex adalah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu. Justeru ianya tidak dapat di gunakan untuk pembangunan bangunan kekal.

Masalah kesesakan kenderaan dalam bandar terutama pada hari perayaan seperti yang akan datang ini, menyulitkan lagi kehidupan dalam bandar kecil ini.

Untuk mengatasi masalah ini satu tapak Bandar Baru Pasir Mas yang letaknya 8 km dari bandar Pasir Mas telah dikenal pasti dan pembangunannya telah pun bermula. Tapak ini adalah tanah kerajaan justeru tdak tibul masalah pengambilan tanah yang pastinya menelan belanja yang banyak. Bandar Baru ini terletak di Lubuk Jong berhadapan denan Pusat Kemahiran Tinggi Mara.

Berikut adalah gambar-gambar terkini yang baru saya rakamkan.

Bandar Tasik Raja

Bandar Tasik Raja

Banda Baru Pasir Mas

Bandar Baru Pasir Mas

Signboard Bandar Baru

Signboard Bandar Baru

Pasar Baru

Pasar Baru telah lama didirikan tapi pebinaan belum bermula

Bangunan Rosak

Bangunan Rosak ditengah bandar lama yang patut dirobohkan

Kedai Omar AlAhmadi telah ditukar atapnya kerana atap lama sudah bocor.
Kediaman Buruh KTM

Kediaman Buruh KTM. Bangunan ini perlu diubah suai untuk ianya lebih menarik sesuai dengan kedudukannya di tengah bandar lama

Banguan lama dalam bandar

Banguan lama dalam bandar

Bangunan lama tepi sungai

Bangunan lama tepi sungai. Dulu kawasan ini adalah nadi Bandar Pasir Mas semasa sungai menjadi perhubungan penting

About these ads

Responses

  1. that’s my uncle’s shop

  2. areps,
    Which one is your uncle’s shop?

  3. Bandar Pasir Mas kita tu ada nilai estatik yang tersendiri. Bukan senang nak jumpa bangunan yang nak runtuh kat tengah tengah pekan :)

  4. terima kasih mohdzawi, laman awak betul-betul membantu saya mengenang pasir mas. Saya ada pinjam foto awak untuk blog saya…boleh ke

  5. Akmal,
    Kalau tuan kedai tak mampu nak bangunkan semula MDPM sepatutnya ambil alih untuk dibangunkan bagi pihak tuan dia. Kalau tak sakitnya mata memandang dan juga bahaya kebakaran.

  6. ce’kem,
    Sukanya hati saya sekiranya blog saya ada kesan pada saudara. No problemo about the foto. Help yourself to any of them.

  7. abang zawi,
    mungkin buleh abe buat entri pasal sejarah SIS, gambar bangunan dulu dan loni. Saya rasa banyak sejarah sekolah tu simpan.

  8. ce’kem,
    Saya acu cuba try la. Payah sikit tu bab tak ada reference dan tak ada gambar lama. Orang lama seperti Datuk Mat Nasir pun tadok doh.

  9. Lambat weh bandar baru siap :D

    • kalu bn printah lama dah siap

  10. aremalzz,
    Katanya projek ni projek Tok Him. Yo ko tidak ambo tak pasti. Ada sapo tahu weh?

  11. Bang Zawi,

    A couple of days before Raya, I had received an e-mail from a very good friend of mine, David R – an American who is now living in South Korea (I had italicised these words to stress about someone who had been there for me through thick and thin; including when I was in Gambang).

    Anyway, he told me how much he liked your pictures – especially of that old bus.

    Since a few years ago, he’d do searches of Kelantan, Pasir Mas, Gambang, Kuantan etc; especially to look at the pictures. He had also sent me links to pictures of Kelantan that he felt were interesting.

    There is one thing that I’m ashamed of – I had forgotten to tell him about your sites! I’d say, beyond any doubt, that YOUR SITES are the best when it comes to things “Pasir Mas”.

    Well, DavidR is a frequent visitor of my blog, of course (but he had never sent any comments – not necessary when we would always e-mail). And recently he had clicked on the link to this site – and also discovered LAISI too.

    From now onwards, should anyone ask me about Pasir Mas (or “Kelantan” even), I’ll refer them to your sites. On the Internet, you deserve the title of Mister Pasir Mas

    P/S: There is one very important reason why I don’t come to your site as frequently as I should – I only get GPRS 53.6Kbps most of the time, and it takes MINUTES to load the page, unfortunately.

    If Celcom doesn’t keep its promise to deliver 3G to my area soon, I’ll really have to go Streamyx – which means at least RM550 for deposit, advance payment etc etc…

  12. Bang Zawi,
    Your writings and pictures are excellent. It’s almost a crime that you’re doing this “for free”.

    I’ve thought of something: Even if you’re not `jobless’ or `in desperate need of income’, perhaps getting something for doing what you love would no doubt add more sweetness to this…

    Have you tried writing for the newspapers? I’d say the English (and Malay) papers would be eager to have contributions from you.

    For one thing, your English is solid. And another very strong reason (something that I don’t have) is your ability to add pictures to your articles. Having these two should (almost – 95%) guarantee editors accepting you.

    I’m very low profile, but I do know one or two editors. If you’d like to follow up on this, please e-mail me at asyanonATgmaiDOTcom Hmm, I sure wish we can do some “joint venture”; like you supplying the pictures while I write. BUT since your writing is already good, my services won’t be necessary:-)

  13. Mat,
    My apologies. I havent visited My Pasir Mas for sometimes and didn’t see your comment until just now. I wili discuss about the above matters when we meet face to face. Will you be free tomorrow?

  14. Pok wi… acu baco hok ni…

    http://www.mafaka.org/2008/07/catatan/catatan-pasir-mas/


    Pendita,
    Saya sudah baca dan respond kepada artikel dia. Saya rasa elok kalau saya buat satu cerita mengenai pelukis ini. Semoga pendedahan yang meluas akan memberi dia peluang untuk mendapat hasil yang lebih baik bagi karya beliau.
    Terima kasih kerana memberitahu saya mengenainya.

  15. bila masalah keretapi di bandar pasir mas nak selesai? susah weh… nak mari kerja kena sekat, balik kerja pun kena sekat. tak ada ke para pemikir atau ilmuwan yg dpt menyetelkan masalah ni sementara menantikan jambatan keretapi baru yg akan siap tak tahu bila tu? boleh tak pak cik wi tolong komen mengenai perkara ni…

  16. kenapa masalah keretapi di pasir mas tak boleh nak buat macam kat pekan golok sana? masa keretapi dari arah stesen tak payahlah nak tutup laluan. buat sesak. masa keretapi nak jalan, baru tutup laluan. tak lah sesak & menyusahkan. kat pekan golok sana benda ni dah bertahun2 setel tapi kat pasir mas, hampeh… dahlah petrol mahal…

    Abangman,
    Minta maafla kerana lambat respond kepada komen Abangman. Saya terlalu sibuk jaga cucu tak sempat moderate blogsite My Pasir Mas.
    Kalau mengikut pandangan saya, menutup gate pintasan keretapi apabila keretapi masuk ke stesyen dari arah Tanah Merah adalah satu amalan keselamtan kerana letak pintasan keretapi ini terlalu dekat dengan stesyen. Sekiranya berlaku ‘runaway train’ atau train dalam luar kawalan, pengguna jalan tidak menghadapi bahaya.
    Lintasan di Golok adalah jauh sikit dan mereka rasanya mereka tidak mengamalkan penutupan gate lintasan kerana section selepas stesyen keretapi tidak digunakan lagi.
    Mungkin gitu lah agaknya.

  17. salam!!, may i know kat bandar baru Pasir mas ada projek perumahan sekali kan. so, projek perumahan tu ade guna komponen IBS ke. mana lagi kat kelantan yang tengah buat projek perumahan ..coz kelantan sekarang tengah buat projek pembangunan..

    noni,
    Pohon maaf kerna lambat respond.
    Tak faham la saya apa komponen IBS tu.
    Banyak pembangunan perumahan berlaku di Bandar Baru Pasir Mas iaitu jalan ke Rantau Panjang.

  18. oh memang saya dah pernah tengok kat sane. ader projek perumahan yang sedang dibuat. ingatkan tau ape itu komponen IBS. kalau sya nak tau detail projek kat saner. kena pergi jumpa sapa eh. kalau tahu

  19. noni,
    Saya pun tak tahu sapa project owner tapi kalau tengok pada signboard tu semua adalah joint venture dengan Majlis Daerah Pasir Mas. Jumpa Setiausaha MDPM la.

  20. Boleh tak saya nak kopi gambar2 Pasir Mas untuk blog saya? Saya juga nak tanya, ada tak foto2 sekolah Sultan Ibrahim. terima kasih, selamat hari raya, salam shawal!

  21. Zubin,
    Silakan ambil mana mana gambar yang zubin suka. Saya belum lagi mengambil gambar Sekolah Menengah Sultan Ibrahim. InsyaAllah bila siap blog mengenai Sekolah lama saya ini akan ada gambarnya.

  22. I see my family name on one of the shop names there. Its been ages since I went back to Pasir Mas to visit family. My mother was born and bred there but left when she married my father and have settled in Kuala Lumpur over 35 years ago.

    I miss my kampung. My grandparents’ house was by the old pengkalan ferry before it was sold to the Bomba some years ago. We’ve still loads of family there, as I am one of the Al-Ahmadi clan.

  23. Aida,
    I am a close friend of Cikgu Azmi Omar AlAhmadi who was my classmate while in SIS Pasir Mas.
    Don’t you think you should pay a visit to your relatives here?
    I cant recall what buildings was on the Bomba site at Pengkalan Feri. If you have any pictures of your old house on the site, I will be happy to post it in my blogs about Pasir Mas.

  24. Pak Zawi,

    I am afraid that I am not familiar with Cikgu Azmi Omar AlAhmadi, cos we are a very large family but if u know of Cikgu Zaid Mohd Ali and of the gudang kayu Wan Industries, those are of my uncles and Tok Su respectively.

    My parents have pictures of the old house and will get them to unearth it for me.

    I used to make several trips a year, before I was married, back to Kg Atas Pinggir where my grandparents lived after having left the house near the pengkalan feri but not since my grandfather passed on and my grandmother moved to Panji.

    I’d love to see the old buildings retained and restored. U know like the old country shops and houses in the UK. Its too late for KL, but not too late for PM.

    My mother went to SIS from what year I forgot but she was born in 1949 and I think with 11 brother’s and sisters, u must have gone to school with one or several of my aunties or uncles.

    Aida,
    Your mum is just one year my senior in SIS. If you could give me your mothers name I could recall and find out who she were. Anyway Cikgu Zaid is a good enough link. The Wan Industries too.
    It would be great if you can send me the pictures of the old house as it will rekindle fond memories of the place.
    I will be writing about more old things about Pasir Mas including the cinemas of Panggung Geroda and Rex. I think the Wan families of Panggung Geroda maybe related to you.

  25. rindu nya ko pasir mas…rasa sebentar yah kelik kg maso rayo baru ni…molek jugok ader blog pasal pmas nih..buleh tau gapo jd kat kg kito walaupun kito duk jauh..syabas abe wi!!

  26. ejad,
    InsyaAllah saya akan cuba update sebrapa kerap mungkin. Harap maaf saya terpaksa guna BI balik sebab saya rasa selesa dengan BI. Bukan nak ngada ngada tapi rasanya elok juga ore kampong kito membiasakan dan menfaatkan bahasa dunia ini untuk menambahkan ilmu.

  27. guno BI pun takpo abe wi…ore pmas ni cerdik2 belako…mesti paham punyo…hehehe

    ejad,
    Thank you. I really appreciate your encouragement.

  28. pak zawi

    as you said, better try using in english. i try but I’m sorry if i make some mistakes.. my apologies. and i’m sorry because I never told you early and just directly asked you about the IBS component. I’m an university student at UTM, Skudai and currently in final year completing my thesis regarding the prefabrication issue.that’s why I take Kelantan as my objective scope as we know Kelantan is developing and so many projects have been constructing here. but i’m curious if any of the kelantanese project here is implementing IBS component. that’s I want to know moreover on the “projek perumahan rakyat” it really hard to know the local authorities there.

    well, aside what I mentioned above I was captivated about this blog because:

    even though, there is not my origins place but I have so many relatives there. because my mum actually from rantau panjang. and she always opened a story about Pasir Mas but I rarely go there..

  29. noni,
    I am just a blog writer and my knowledge of technical things are limited. Only that when I want to write about something technical I will do some research to really understand the subject.
    How about you going to JKR to get more information? Even the Majlis Daerah Pasir Mas could help.

  30. Pak Zawi,

    If u could give me your email address then I may be able to email u of my mum’s details.

    I’ll also try to hunt for some pictures of the old house.

    I’ve been bogged down with work and family that I’ve not read ur lastest entries. Will do so now.

    Keep up the good work.

  31. salam,

    bila tgk kedai2 lama cam ni… teringat kat kedai arwah ayoh aku… kedai abu dekat balai polis pasir mas… kedai yg di buka pada 31 ogos 1957 oleh ayoh aku… lo ni dah di robohkan buat building batu… apapun aku tetap teima kemajuan yang di buat di pasir mas…walaupun aku dah tak duduk di pasir mas lagi…setiap kali balik kelate aku tetap akan ke pasir mas semata mana nak mkn nasi belauk kak moh pasar pasir mas dan tgk tapak kedai arwah ayoh dulu…

  32. bilo baca artikal ini rasa semakin cintakan pasir mas….hidup oghe pasir mas…..

    • Juki,
      Pasir Mas tercinta. Bersara nanti pulanglah ke Pasir Mas.

  33. kawe pun sokong jugak kalu bandar baru pasir mas buat kat Lubok Jong tu…. aman rasanye. Kebetulan terbeli pulak rumah kat sana. Kat Taman Alia Putri. Tak sabar-sabar nak tengok bandar baru Pasir Mas beroperasi….

  34. pasir mas sudah tiada apa2 ertinya lagi..ianya sebagai sebuah pohon getah yang sudah tiada susunya lagi

    • Awie,
      Bakpo mu kato gitu. Aku suko dok Pasir Mas. Aku adalah orang yang bernasib baik dapat balik ko Pasir Mas. Dalam hidup ini, kalau dapat pulang ke kampong laman tu adalah amat beruntung.
      Kampung Lemal mu tu kira dah terbakar la pada mu.

  35. “pohon getah yang sudah tiada susunya lagi”

    Kira ok lah tu. Masih ada lagi pokoknya. Boleh buat berteduh atau berkelah di bawahnya.

    Kampung saya sekarang ni dah jadi Lebuhraya DUKE.

    Kalau pokok getah tu, ibarat pokoknya pun dah tak de lagi dah.

    Sob, sob, sob…
    :cry:

  36. salam abe wi,
    ambo ucapkan tahniah sebab ado jugok anok jati
    yg ambik tahu pasal kemajuan kampong halaman.
    walaupun ambo ni boleh kato kelik pasir mas pon jarang2 skali tp bilo duk tmpt ore mesti nok make budu jugo.
    salam anok p.mas dari s.alam.

    • Wan Syukri,
      Waalaikummussalam.
      Maaf la tak update lama. Semangat kurang sikit lo ni. Ada juga so dua berita patut masuk dalam blog My Pasir Mas tapi tak buat. Juba jengok Kat LAISI atau http://mohdzawi.blogspot.com/ ada berta pasal lumba basikal baru ni.

  37. Kawe lamo doh nok kelik pasir mas..tapi x dok rezeki lagi..kalu balik mesti kona kot SIS ( 89-93),
    kedai abu kawe still ingat..syawal tu pun kawe kenal mugo dok ngaji skali di SIS..ABE WI tu kawe tabik demo sbb jiwo demo tu betul2 jiwo anok pasir mas.

  38. salam Pok Wi, Tahniah bagi anda kerana memuatkan begitu banyak maklumat dan cerita semasa untuk p.mas, Saya nak masukkan link ke website MDPM buleh ko? Wassalam.

    • Wanns,
      Wassalam. Tak menjadi masalah. Buatlah apa yang patut. Lihat juga blog saya LAISI http://mohdzawi.blogspot.com

  39. TQ Pok Wi, jika Pok Wi nak detail ttg pembangunan p.mas kita ada ngan saya, yg mana boleh bagi boleh lah! termasuk pelan dan maklumat lain ttg projek pembangunan . kalu buleh kito minum air skali sedak jugok bersembang.

    • Salam Wanns,
      Kecik tapak tangan, upih ambo tadohkan. Ambo free tiap pagi hari bekerja. Kalu nak minum air sms ambo di 0199125647 ambo gi la dengan Honda Cub ambo dimana jua yang Wanns tetapkan.

  40. salam,
    bila baca ttg p.mas ni saya pun teringat jugo ko kenangan p.mas. ingat ko kedai abu tu. sebelum kelik dumoh di pohon celagi singgah beli kedai abu dengan kedai v brother.

    • anawanniena,
      Ambo ingat kedai Ah Boo tu dan juga kedai Wee Brothers. Kedai Wee Brothers dah jadi kedai makanan ternakan. Phon Celagi? Dulu ambo ada sewa bilik rumah arwah Mak Cik Jah. Sayangnya rumah dia dah terbakar baru ni(lama dah juga). Sebelah rumah Mok Cik Jah tu rumah Nora. Kenal ko?

  41. salam sy saiful,
    skrg sy nak buat thesisi ttg pbgunan bandar pasir mas.leh tak lau ader mklumt atau perkara yg bkaitan nga pasir mas kepada sy..lau leh ak email kat sy donald_pknmp5@yahoo.com atau nih tel sy 0179638075
    tQ.

    • Saiful,
      Rasa saya paling baik anda hubungi Majlis Daerah Pasir Mas untuk mendapat maklumat yang anda perlukan.

  42. rumah mok cik joh hok mano tu. kalu hok terbakar tu umah muloh abe mejoh, umah kak joh zaki, umah kak soh, dan beberapo umoh lagi. Saya rasa macam sedih sangat tengok pohon chelagi sekarang uzur sangat2. Nampok cemar dan tak terurus. Dulu seronok sangat dok pohon celagi. Ambo dok di dekat umah pok loh dobi tu. ambo ni anak mulaoh kaka yah hok jual colek malah kat pohon celagi. kenal ko?

    • wanniena,
      Rumah mok cik johtu rumah besar yang dibuat dengan kayu dan merupa satu rumah untuk orang kenamaan zaman dahulu. Mok cik Joh sohor kerana buat jala mas.

  43. moga-moga cepatlah bangun kawasan pasir mas baru.bandar lama teruk sangat jemnya.nak-nak musim cuti sekolah dan raya.kalu alih kot alik nun tu rasa lego sikit.

    • Nazri,
      Kita harap mereka cepatkan supaya masalah ini dapat selesai. Kena tunggu juga pembangunan jalan bypass bandar Pasir Mas yang masih dalam peringkat pengambilan tanah. Jejantas laluan keretapi pun lum siap juga.

  44. tak sabar nak duduk d taman semasa, bandar baru pasir mas…. dgr2 projek fasa pertama dah siap… tgu dpat CF jah….

    • Lan,
      Tak nak buat house warming party ke? Kalau dijemput Pak Zawi akan pergi.

      • House Warming? Insya Allah Pak Zawi…nati saya akan jemput…tp tak tau bila lah sbb bertugas d seberang laut ni… rasanya nanti rumah tu bukan sendiri duduk, mungkin akan d sewakan sbb dah bertugas d sini susah nak balik sana esp d kelantan….

  45. sorry lamo x masuk blog p.mas ni,
    ambo pun beli umah di tmn semasa jugak, rayo ari tu baru kelik tengok rumoh, siap semua doh tunggu nak masuk jo. orhe marah beli sbb x dok , tapi ambo raso tak po sbb ambo anak jati p.mas, x dok pun at least ambo ada umah di p. mas.

  46. abe wi,
    hari tu abe kato umah kak joh hok mano di pohon chelagi tu yer ambo x ingat la. ambo ni dok kat rumah gemulah pok sar. umah tepi sekali tepi jalan tu.

  47. o yolo ko anawani? nati kito berjiran la..kawe pun cuti sekolah baru ni g tgk umah…hampir siap doh…cuma tgh tunggu TNB g sambung api jah…

    • mintak maafla nak tanya sikit ,taman semasa tu kat mana?bukan apo ambo ada beli tanah kat lubuk jong cadang-cdang tu nak buat rmh la tapi nampak slow sangat bandar baru p.mas nak buka.kat tanah ambo tu ada satu taman tapi tak tahu taman ghapo?Abe wi duk p.mas kg mana?

  48. mari kito samo2 jago banda kito.sek kito jange pecoh

  49. salam semo.. ambo baru jah dale blog nih.. emmm… ambo nok kenal diri dulu la deh..
    kawe nih cucu Pok Yeh pasir.. mesti ado hok kenal..
    ambo ngaji Perok, amik kos Perancang Bandar dan Wilayah.. ambo ado lagi stahun ngaji n ambo lonih nok wat kajian akhir.. ambo ingat nok wat kajian akhir pasal tempat ambo lahir.. ambo ingat nok mintok tulong la skit2.. ambo nok maklumat pasal pasir mas.. kalu buleh kongsi lah deh.. tulong ambo skit2..

    p/s: email ambo : pine6apple26@yahoo.com
    kalu ado facebook tu add ambo lah.. sene ambo nok contact.. dok pun Yahoo Messenger..

  50. salam…
    bila rumah kt taman semasa 2 nak siap, mcm xde perkembangan jer….banjir hari 2 pun macam ada bekas naik air…

  51. hidup pasir mas… hujung tahun ni saya balik pasir mas.. sign board bandar baru pasir mas tu 50 meter jer dari rumah sy..hehe
    salam buat pemilik blog…

  52. Tqvm to the sincere soul-abg Zawi .May Allah bless u for your holy effort in updating relevant infos pertaining to our beloved Pasir Mas. It is a rare opportunity indeed to have such an individual who sacrifices his time to update us all. Tq again Abg Zawi. FYI I’m fm Pasir Mas and received d primary education at SIS 1 (1974-1979). Grew up somewhere n become a pilot flying the nation’s VVIPs ( dh masuk 23 tahun). Lg 15 tahun nk pencen (58). My initial plan is to invest in a home at d new PM township…Doakan niat saya dimakbulkan….Pasir Mas tetap di hatiku.

    • Salam Tarmizi,
      Thank you for the appreciation. Unfortunately I have become too lazy to continue making new posts though I have a lot to share.
      If you have the intention to buy a home to retire, do check out the place as the recent flood would give some indication on whether the location that you intend to locate your home is safe from flooding.
      Anyway i too have a son who is a pilot with a commercial airlines. I envy your job as it entails you to travel to many places around the world.
      InsyaAllah you will find a nice place to retire in Pasir Mas.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: