Memang tidak ada hotel di Pekan Pasir Mas. Dalam Daerah Pasir Mas ada rumah penginapan yang boleh dipanggil hotel tetapi tidak di Pekan Pasir Mas sendiri. Yang ada dulu dalam tahun 1960an adalah rumah tumpangan yang dinamakan Sin Ah Hotel. Kini ianya telah dijual kepada seorang kawan sedarjah saya bernama KT Lee yang kemudiannya menjadikannya rumah ini sebagai Kedai Peralatan Letrik.

Sin Ah Hotel berubah Wajah
Sebahagian dari bangunan lama Sin Ah Hotel masih wujud bersebelahan kedai letrik ini dan dapat dilihat didalam gambar dibawah

Bangunan Lama Sin Ah Hotel
Untuk keperluan penginapan bagi mereka yang berkunjung ke Pasir Mas dan tidak mahu tinggal dihotel-hotel di Kota Bharu atau Rantau Panjang kini wujud beberapa bentuk rumah penginapan yang sesuai dengan bajet dan bilangan pengunjung.
Mengikut tinjauan Pak Zawi tempat tempat berikut adalah sesuai untuk didiami.
Dalam Pekan Pasir Mas.
Guest House Millineum Shop yang terletak dalam Bangunan Majlis Daerah Pasir Mas dimana terletaknya juga Pasaraya Pantai Timur. Dua lantai kedai diatas Millineum Shop dijadikan bilik penginapan yang luas dan selesa tetapi dengan cuma satu bilik bagi setiap lantai sahaja. Ruang luas susuai untuk penginapan anak-anak. Dengan jendela yang banyak penyejukan dengan kipas sahaja yang ada untuk keselesaan penghuni. Pengunjung tua akan sukar mendaki tangga dua tingkat ini justeru tidak digalakkan. Setiap lantai disewa pada kadar RM70.00. Kemudahan tempat makan adalah berdekatan.

Millineum Guesthouse
Untuk menghubungi Milleneum Guesthouse sila telefon 013 9830208 dan 013 9810208.
Sebuah lagi rumah penginapan dalam PekanPasir Mas ialah dihadapan Stesyen keretapi Pasir Mas Rumah Tumpangan (Guesthouse). Rumah tumpangan ini juga ditingkat atas kedai pajak gadai Islam Ar Rahn.

Rumah Tumpangan
Untuk menghubungi mereka: 017 9614972, 013 9111346, 09 7901346
09 7922502. (En. Zamri)
Kemudahan yang ada 2 bilik dan cuma satu aircond. Hga bilik RM35.00 dan RM45 dengan aircond.
Lokasi dekat dengan tempat makan dan Stesyen Keretapi Pasir Mas.
Sebuah lagi penginapan dalam pekan Pasir Mas ialah dihadapan Pasar Pasir Mas iaitu Penginapan Raja Munirah. Tidak ada butiran lengakap mengenai penginapan ini. Masalah disini ialah tempat meletak kenderaan adalah sukar kerana terlalu hampir dengan pasar dan kedai perniagaan lain.
Hubungi Penginapan ini untuk tempahan pada talian berikut:
09 7907225 019 9580272

Penginapan Raja Munirah
Di Kampung Mekasar terdapat sebuah lagi rumah penginapan diatas kedai dengan nama ZNA Guesthouse.

ZNA Guesthouse
ZNA Guesthouse boleh dihubungi di talian: 019 994611, 017 9113611, 09 7966111
Contact Person: Azhar Abdullah
Harga bilik: 1 Bilik @ RM38.00 sehari, 3 bilik @RM110.00 sehari. Lebih dari 6 orang bayaran RM5.00 seorang sehari.
Menghala ke Tendong iaitu di Kampung Tar Tujuh terdapat sebuah rumah kampung moden yang dijadikan guesthouse dengan nama Bayu Leka. Penginapan ini adalah sebuah rumah kayu yang amat menarik untuk dijadikan penginapan keluarga sementara dalam suasana kampong. Saya cuma dapat meninjau dari luar dan beginilah keadaan rumah tersebut.

Bayu Leka
Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu lengkap dengan perabut dengan kipas. Dapur disediakan tetapi tanpa periok belanga atau pinggan.
Sewaan adalah pada kadar RM150 sehari.
Laman rumah adalah luas untuk parking kenderaan. Amat baik untuk mengalami hidup dikampung.
Untuk tempahan sila hubungi Puan Rosnani di 09 7908597.
Kampung Salor yang juga dikenali sebagai Seberang Pasir Mas adalah amat strategik kedudukannya diantara Kota Bharu dan Rantau Panjang juga ke Tanah Merah. Jambatan Lemal berhampiran Salor menghubungi semua tempat-tempat itu. Salor kini terkenal dengan tempat makan yang mudah dituju dan makanan yang enak.
Disini terdapat beberapa bunggalow baru yang dijadikan rumah tumpangan dengan pelbagai kemudahan laman luas dan selamat.

Putera Huest House
Putera Guest House (Fully furnished) dengan bilik aircond.
Harga RM250.00 perday perhouse (low season). Peak season RM300.00 per day. Pastikan jika tempahan dibuat terlalu awal mungkin tuan dia di KL akan menggunakan sendiri pada hari Raya.
No untuk tempahan: 013 3400409, 019 9811559 – Wan Musa
Zul Guesthouse ialah sebuah lagi bunggalow di Salor. Letaknya sedikit kedalam dari Jalan Raya tetapi dalam keadaan yang damai.

Zul Guesthouse
Untuk tempahan: 012 9639523, 09 7012743
Rumah 4 bilik tidor dan 2 bilikair ini disewa dengan harga RM200.00 sehari.
Sebuah lagi rumah tumpangan di Salor ialah rumah Pak Cik Manaf. Rumah kembar dua ini didiami sendiri oleh Pak Cik Manaf. Rumah ini berpagar dan masih baru.

Rumah TumpanganPak Cik Manaf
Rumah tumpangan Pak Cik Manaf mempunyai 3 bilik tidor dan 2 bilik air dan sebuah bilik mandi kegunaan ramai. Semua bilik berkipas.
Harga sewaan adalah RM170.00 sehari. Diskaun akan diberi untuk tempahan banyak hari.
Untuk Tempahan: 09 7012429
Dengan maklumat-maklumat ini diharapkan semua pengunjung ke Pasir Mas atau kawasan berdekatan dengan nya akan dapat mencari tempat penginapan sesuai semasa berkunjung ke sini atau semasa pulang kekampung dan rumah keluarga sudah penuh.
Harga atau maklumat yang diberi adalah mengikut yang diperolehi dan penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan. Tulisan ini adalah untuk membantu semata.
Hah, baru rasa macam semula blog ni.
Cuma saya kalau ke Kelantan, untuk duduk di chalet, hotel, atau hostel mana-mana akan rasa bersalah. Sebab waris dan kawan-kawan ramai di sana. Walaupun tawaran untuk duduk hostel, chalet, atau hotel itu ada.
Jawabnya kena tidur di rumah waris mana-mana ataupun tidur di rumah kawan. Walaupun urusan kerja.
Dan kalau di Kelantan, memang saya tak pandailah berjalan, sebab nanti waris ataupun kawan akan bawa ke mana-mana saya nak pergi.
Kalau saya tolak tawaran mereka untuk bawa saya ke mana saya nak pergi, mereka akan berkecil hati.
Mungkin itu istimewanya orang Kelantan ni. Ukhuwahnya tinggi.
By: Gurindam Jiwa on February 18, 2009
at 5:03 pm
Mazle,
Blog ni dah lama demam hehehehe. Tak banyak modal nak letak sini dan dah jadi anak tiri kerana ada LAISI dankerja kerja penulisan untuk Qiadah dan Boxxtomoi Magazine.
Bila ada kenduri di kampung kekadang rumah yang paling besar pun tak muat bab rumah sekarang dah tak macam dulu. Dah ada bilik2 dan perabut yang menjadikanrumah besar jadi sempit.
Sebenarnya tumbuh guesthouse macam cendawan sekarang ialah kerana kekurangan bilik pengianapan untuk pelancong di musim cuti. Terdapat pula rumah-rumah kosong yang tidak dihuni kerana tuan punya bekerja dan tinggal di KL atau mempunyai rumah lain di KL atau di Kelantan sendiri. Bagi daya fenomena ini ada baiknya kerana ia akan mencetuskan satu lagi punca pendapatanbagi pendudukan tempatan untuk menampung hidup dalam keaadaan ekonomi yang makin gawat ini.
Bila nak datang Pasir Mas?
By: mohdzawi on February 19, 2009
at 1:05 pm
Saya baru terserempak dgn blog Pak Zawi ni dan saya amat tertarik sekali dgn cara Pak Zawi tulis dlm blog secara simple dan informative. Sebenarnya antara rumah kosong dekat dgn Putera Guest House tu rumah saya. Saya memang tak bagi sewa sebab bila balik ke SPM saya tinggal disitu. Saya sebenarnya anak Cikgu Wan Nordin yg rumahnya dekat masjid kg seb pasir mas, dan sekarang saya tinggal di KL.
Hari raya ketiga ni nok balik mungkin boleh jumpa Pak Zawi…saya sebenarnya tak cam Pak Zawi ni dan dok mana? Dok pala tembak ko?
By: Wan Khairuzzaman on September 18, 2009
at 5:43 pm
Wan Khairuzzaman,
Minta maafla Pak Zawi lama tak cara ko blog My Pasir Mas. Ni yang baru buka balik dan moderate comment. Pak Zawi akan hantar email ko Wan.
By: mohdzawi on October 12, 2009
at 10:49 am
satu lagi guest house di pasir mas
Wira Guest House is located at Kampung Lubok Jong, Mukim Apam Pasir Mas Kelantan.
laman web : http://www.wiraguesthouse.wiraukur.com
****untuk tempahan laman web di kelantan layari http://www.web.sharimi.com
By: mie on February 28, 2009
at 12:53 pm
Kalo ado yang berani buka bisnes bajet hotel di sekitar pasir mas,ambo raso boleh maju.Maklumla ramai pelancong nak tgk sendiri keadaan sebenar negeri kelantan. Blog abe wi ni sedikit sbanyok membantu para pelancong.
Man,
Tujuannya begitula. Nak tolong pengusaha dan juga mereka yang memerlukan penginapan yang sesuai di musim cuti nanti.
By: othman ahmad on March 1, 2009
at 2:04 pm
Awie,
Bayu Leka ialah rumah AllahYarham Wan Jaafar; bapa kepada Wan Shukri, Wan Nor Faridah dll. Wan Shukri pula ialah suami kepada Hamisah Noh SIS68. amacam?
By: Azmy Omar on March 2, 2009
at 8:41 am
Tuan Haji Azmi,
Bagus la aku tolong promote kasi dia. Semoga dia dapat pelanggan yang ramai.
By: Pak Zawi on March 3, 2009
at 9:22 pm
Info berguna ni Pak Zawi. TQ.
By: Nura on March 12, 2009
at 10:01 am
Nura,
Alhamdulillah kalau Nura dapat menfaat dari info ini.
By: mohdzawi on March 12, 2009
at 11:59 am
Pak Zawi,
Bayu Leka is my grandparent’s house when my late grandfather was alive. They lived there from the mid 80’s after the old house near the old jetty used to be; now near where the Pasir Mas Fire House stands.
After Tok Wan’s passing, my Che bought a house in Panji to be closer to one of my aunts. I did not know that Bayu Leka is being used as a guest house. I’ll definitely stay there : )
By: Aida on March 13, 2009
at 12:06 pm
Aida,
I am a classmate of your Uncle’s wife (Puan Hanisah Noh) and also of Wan Nor Faridah who could be your mother or auntie.
By: mohdzawi on March 19, 2009
at 2:40 pm
Good info Pak Zawi !!!
By: Sally on March 16, 2009
at 9:30 am
Sally,
Thank you.
By: mohdzawi on March 19, 2009
at 2:40 pm
salam en zawi,
thanks for your info…amat bermanafaat buat sya yang sudah tiada tempat tinggal lagi di pasir mas. Rumah kedai kepunyaan arwah ayah dulu dah di robohkan buat bangunan 3 tingkat.. sometimes teringin sgt nak balik pasir mas tapi tak de sapo..tak tahu nok duduk mano… walaupun member ramai tapi rasa kurang selesa kalau terus menginap di rumah teman2.. kita dgn anak2 faham2 sajelah..last2 balik KB rumah sendiri…
thanks so much
shawal
anak arwah abu
(kedai abu depan cabang 3 dkt balai polis pm)
By: shawal on March 17, 2009
at 11:50 am
Shawal,
Now you have a place in Pasir Mas which you can consider as home. You will love any of the houses in Seberang Pasir Mas as they are not too faraway and they are very new. You will enjoy Bayu Leka which almost near to Tendong. The kampong environment is ver good for your family.
By: mohdzawi on March 19, 2009
at 2:43 pm
Pak Zawi,
Wan Nor Faridah is my auntie. We live on the same street in KL. My mother is her elder sister.
FYI, Bayu Leka is an acronym of the principles my late grandfather lived on.
B= buat
A= apa
Y= yang
U= Utama
but I forgot what LEKA stands for. Gotta ask the elders.
By: Aida on March 20, 2009
at 4:09 pm
Aida,
Thanks for the info. Salam to your auntie.
By: mohdzawi on March 23, 2009
at 2:31 pm
keluarga saya pernah menetap di pengkalan batu dari tahun1975-1981 dan saya bersekolah di smk sultan ibrahim… masa tu pasir mas hanyalah pekan kecil.. belum ada rumah tumpangan rasanya. seronok bila melihat pasir mas membangun begitu pesat bila saya melaluinya pada disember 2007.
kuala nerang, kedah.
By: kzh on March 31, 2009
at 10:35 pm
kzh,
Kalau dibandingkan dengan tempat lain, pembangunan di Pasir Mas adalah amat perlahan. Namun demikian pekan kecil ini amat sesuai untuk Pak Zawi menetap untuk menghabiskan sisa sisa hidup ini kerana didaerah ini lah saya di lahirkan dan dibesarkan.
By: mohdzawi on April 2, 2009
at 8:51 pm
Bang!
Tak Blog ke pasal Jelajah Malaysia Stage 4 bike race dari Pasir Mah ke Kole Tengganung today?
Bro Mat,
Ada ambil gambar banyak tadi nak blog pagi esok. Malam ni tak berapa sihat la.
By: madsalos on April 22, 2009
at 5:03 pm
thanks bro for the info,memang berguna!
By: qemmal on May 10, 2009
at 12:44 pm
qemmal,
Terima kasih kembali.
By: mohdzawi on May 14, 2009
at 12:01 pm
Salam encik, saya nak bertanya skit kalau tau jawapanye. hehehe
agak2 berapa kos yang diperlukan untuk membuka sebuah hotel 3 star @ 4 star?
hajat dihati mcm nak buka hotel sendiri.. tq
By: zarul on May 11, 2009
at 8:32 pm
Zarul,
Ridel Hotel ialah Hotel 2 star. Owner dia belanja RM10 juta. Harap maklumat ini memberi gambaran pada Zarul berapa banyak modal untuk operate sebuah Hotel sedemikian. Kalau nak bina baru letaklah kos pembinaan dan melengkapkan sebuah bilik pada kadar RM100,000.
By: mohdzawi on May 14, 2009
at 12:00 pm
Saya pun ada satu guest house kat Tendong . Mintak abang zawi tolong promosi kan.
lokasinya dekat simpang empat Tendong. Rumah banglo 3 bilik tidur 2 bilik air dan dilengkapi pelbagai kemudahan. kalau nak tengok lebih lanjut sila lawati blog http://familyhomestay.blogspot.com
sesuai untuk rombongan kenduri atau melancongan dalam kumpulan.
By: Zulkifli Ismail on June 9, 2009
at 12:41 pm
lupa nak tulis contact number
019- 5700598 atau 019 5710598
sila contack jika berminat nak booking.
harga RM150 semalam shj.
By: Zulkifli Ismail on June 9, 2009
at 12:46 pm
Sdr. Zul,
Saya akan hubungi anda untuk ambil gambar dan masukkan dalam senarai. Semoga ianya akan dapat membantu perniagaan anda.
By: mohdzawi on June 16, 2009
at 7:22 pm
salam, just nak update:
saya try call pasir mas rumah tumpangan di nombor nih 017 9614972.. and salah no..org pahang yg angkat..
maybe diorg dah x pkai no tuh
By: Layla on June 15, 2009
at 1:09 pm
Layla,
Rumah tumpangan mana yang you maksudkan? Saya akan buat semakan dan akan perbetulaknan. Terima kasih atas feedback.
By: mohdzawi on June 16, 2009
at 7:21 pm
hello pak zawi,
rumah yg saya maksudkan is rumah yg atas ar rahn..saya try call sume nombor tapi sume x angkat kecuali yg nombor org pahang tuh.
By: Layla on June 22, 2009
at 12:26 pm
Akan saya siasat. Semalam dah lalu situ tapi tak ingat nak check.
By: mohdzawi on June 26, 2009
at 2:33 pm
rumang tumpangan mana yang dekat dengan padang tok la?
TQ
By: zam on June 23, 2009
at 9:47 am
zam,
Yang kat supermarket Pantai Timur tu pun dekat je.
By: mohdzawi on June 26, 2009
at 2:32 pm
siapa leh bantu saya utk buka hotel d kuala besut dekat jeti pulau perhentian, modal n tanah dah ada cuma buat kertas kerja utk famili saya tengok, tq
By: chewan on September 23, 2009
at 1:42 pm