Posted by: mohdzawi | September 11, 2008

TEMBAKAU DARAT

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Merokok Membahayakan Kesihatan. Cukai dari rokok membantu membangunkan negara. Tembakau darat tak kena cukai.
Nota penulis,
Tembakau darat dan tembakau barat adalah dua perkara yang berbeza. Tembakau barat datang dari Thailand dan biasanya mengandungi bahan-bahan yang boleh menambah khayalan apabila merokok. Jika khayalan yang dicari, tahulah anda tembakau mana yang ada perlu beli.
Tulisan ini tidak menggalakkan yang bukan perokok menjadi perokok tapi cuma untuk membantu perokok mengurangkan kos merokok walaupun kedua-dua jenis tembakau boleh membawa penyakit. Oleh kerana merokok membahayakan orang yang tidak merokok kerana second hand smoke, yang bukan merokok tak kisah sekiranya yang merokok jatuh sakit.
Sejak harga rokok mleambung naik dengan banyaknya, ramai perokok mengambil langkah, langkah seperti berikut:

1. Tukar kepada brand yang lebih murah yang mereka tidak akan hisap masa rokok belum naik harga.

2. Kurang merokok dan beli sebatang bila terasa ingin merokok

3. Berhenti membeli rokok dan tunggu kawan yang ada rokok untuk minta sebatang.

4. Berhenti merokok (Jarang berlaku tapi ada berlaku)

5. Hisap rokok daun dengan menggunakan tembakau darat.

Mana-mana pun punca tersebut adalah kerana harga rokok naik hingga ke RM9.00 sekotak 20 batang bagi Dunhill atau Benson. Kalau beli sebatang harga nya ialah RM0.60.

Ini adalah sebenarnya satu perkara yang baik. Sebabnya sekarang tembakau darat dah ada harga kembali dan perusahaan ini hidup semula. Semasa saya kecil-kecil dahulu bapa saya guna tembakau ini sebagai ubat nyamuk kerana ianya tak laku. Walaupun ibu bapa saya susah-susah menanam danmemperoses sampai jadi tembakau, tak ada permintaan masa tu kerana rokok ciggarette murah.

Baru baru ni saya sempat melihat bagaimana tembakau ini di proses. Saya bersama Akmal telah pergi ke Kampung Tepi Sungai Pasir Mas dengan Akmal of Wiseup berindak sekali lagi sebagai cameraman (tanpa bayaran) dan saya sebagai penulis (tak ada bayaran juga). Disana kami melihat Ah Chai dan ibunya membuat tembakau darat.

Untuk pengetahuan kaki rokok disini saya cuba terangkan bagaiman daun daun tembakau dihiris sehinga di keringkan dan menjadi sesuai untuk dijadikan tembakau rokok.

Selepas dikutip dari pokok, daun tembakau basah dibuangkan pelepah atau tulang belakang daun. Caranya adalah seperti gambar dibawah. Cara Ah Chai sendiri buat adalah dengan menggunakan tali sepertimana yang saya pernah buat semasa kecil-kecil dahulu. Malangnya semasa kami ke rumah Ah Chai, proses ini sudah disiapkan.

Secara bergambar saya tunjukkan bagaimana tembakau dibuat sehingga disiapkan untuk diguna.

Amaran Kerajaan Malaysia- Merokok membahayakan kesihatan

Membuang tulang daun dengan pisauTulang daun terasing dari daun

Daun disusunDaun yang siap disusun di gulung

Digulung dengan lebih kemasGulung yang siap di ikat

Alat untuk menghirismengiris

Mengecer

Menjemur

Gulung daun rokok

Memasang api


Responses

  1. Tengok tembakau darat teringat jaman kanak-kanak dulu kerana cik kita juga tanam tembakau darat. Kita curi-curi pulas daun rokok, dan hisap celah pokok pisang sama sain sekelas. Mek nampak kena pukul. teriak tak berlagu.

  2. puterabumi,
    Sebagai kanak-kanak kita melihat apa yang dibuat oleh orang tua sebagai satu contoh yang pasti ingin kita ikuti. Anak saya pun ikut merokok kerana melihat saya merokok. Saya merasa bersalahdalam hal ini dan lantas saya berhenti merokok lebih dari sepuluh tahun yang lalu.

  3. Dulu masasaya zaman budak2,kt kampung org2 tua memang proses sendiri daun tembakau untuk dijadikan tembakau darat ni. Pernah juga mencuba hisap..hehe memang pahit.

  4. TokNabe,
    Pahit? Biasa pengguna akan kategorikan sebagai khayal atau tidak khayal. Orang muda akan buboh benda lain lagi untuk mempastikan ianya mengkhayalkan. Salah dari segi undang-undang tu.

  5. inilah kali pertama saya melihat rupa daun tembakau dan cara cara memproses ‘tembakau darat’. saya membesar di kuala lumpur lebih dari 40 tahun, walaupun dilahirkan di Kg. Laut, Kelantan. saya cuma biasa lihat tembakau yang sudah berada didalam plastik dan dijual di kedai kedai india sekitar PJ dan KL.

  6. zealot,
    Kita tidak mampu mengetahui segalanya dalam hidup ini. Apa yang kita boleh lakukan ialah mencari dan terus mencari apa yang kita ingin ketahui. InsyAllah kita akan ketemu jua. Saya merasa gembira apabila mengetahui zealot mendapat menfaat dari tulisan saya ini.

  7. kalu ambo tak silap, tebakau barat bukan tembakau darat…serupa juga dikir barat….dia bubuh campur dengan daun lain sikit untuk jadi khayal.

  8. mawar,
    Mungkin saya silap dengar masa mereka cakap dan andaikan ianya tembakau darat. Saya akan bertanya mereka kembali dan betulkan sekiranya silap. Terima kasih atas teguran ini.

  9. Kalau merokok membahayakan kesihatan, kenapa dipromosikan?

  10. Mazle,
    Saya lupa menyebutkan amaran kerajaan Malaysia tentang bahaya merokok. Nanti saya tambahkan. Begitu juga mengenai tujuan post ini bukan untuk menggalakkan tetapi sekadar pengetahuan hehehehe.

  11. Ambo rasa ada perbezaan antara tembakau darat dengan tembakau barat. Tembakau darat ialah tembakau kampung yg diproses oleh orang kelantan sendiri, sprt tembakau tok kong dsb, sedangkan tembakau barat adalah tembakau yg dibawa masuk dari selatan Thai sprt tembakau bata, tembakau legor. tembakau tongkol.

    • Lokanbertepuk,
      Tepat sekali kenyataan saudara. Tembakau Darat dan Tembakau Barat adalah dua perkara yang berbeza.

  12. Trimo Kaseh lah kerana tulisan tuan membantu ambo dlm memberi penerangan kepada budak2 ambo…anak2 lo ni usah ko cara nk proses tbaka..pokok tbaka pun mereka tak kenal..trimo kasehlah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: