Posted by: mohdzawi | October 30, 2008

Panggung Wayang Pasir Mas

Panggung wayang pertama di Pasir Mas terletak di Pengkalan Pasir lebih kurang 1.5 km dari pusat bandar di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan. Tapak panggung ini kemudiannya menjadi tapak Maktab Kadir Adabi dan masa kini adalah tapak sebuah sekolah swasta. Maktab Kadir Adabi mengalami nasib yang sama seperti sekolah-sekolah swasta yang seangkatan dengannya iaitu Insitiut Pendidikan Kota Bharu yang telah ditutup. Panggung ini dikenali di Pasir Mas sebagai Panggung Buruk. Ianya dibina dari kayu dan berlantaikan tanah walaupun menggunakan kerusi khas untuk panggung wayang.

 Di panggung buruk inilah saya berpeluang melihat tayangan filem Semerah Padi lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee dan arwah Saadiah. Saya telah mengikuti abang saya menaiki sebuah basikal dari Kampung Kangkung dengan saya menduduki atas alang basikal tersebut untuk perjalanan sejauh 6 batu. Keseronokan menonton wayang melupakan saya tentang kesakitan punggung sepanjang perjalanan tersebut.

Wayang yang ditonton adalah pada jam 2 petang dan masih terbayang mata yang berpinar-pinar semasa keluar kerana mata belum dapat mengsesuaikan dengan keadaan cerah di luar.

Saya tidak mempunyai peluang kedua untuk menonton dipanggung buruk kerana apabila saya mula belajar di Pasir Mas dalam tahun 1960 dan tinggal di Kampung Padang Tok La tak berapa jauh dari Kg. Pengkalan Pasir, panggung buruk tidak digunakan lagi walaupun ianya masih wujud. Pada masa itu Panggung Rex telah berdiri dengan megahnya dikawasan pekan dan diperbuat daripada kongkrit. Panggung Geroda juga telah dibina di jalan yang sama berhadapan dengan stesyen kereapi tidah jauh dari situ.

Lupa pula saya berapa umur saya masa saya pertama kali menonton di Panggung Rex. Kalau tak silap saya tahun itu adalah sekitar 58/59 iaitu masa saya berumur 8 ke 9 tahun. Yang pasti pada masa itu saya masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong dan berkaki ayam. Pada masa itu berkaki ayam adalah lebih senang kerana di musim tengkujuh, jalan tanah menuju kesekolah akan becak kerana jalan belum lagi bertar walaupun di jalan besar. Cuma dalam kawasan sekolah saja yang bertar.

Pihak panggung wayang telah datang ke sekolah-sekolah kampung menawarkan harga istemewa untuk kanak-kanak sekolah dengan harga 20 sen dan bebas untuk duduk dimana mana kelas. Pada masa itu saya lebih gemar duduk berhampiran dengan skrin. Oleh kerana skrin di Panggung Rex adalah agak tinggi, saya merasa sakit tengkok dan mencari kerusi jauh kebelakang. Rupanya dibelakang itu adalah kelas satu. Saya tidak merasa kelas rizab kerana ia berada diatas dan melalui pintu lain diluar.

Wayang yang dipertontonkan ialah sebuah filem lakonan aruah Tan Sri P. Ramlee berjudul Pendekar Bujang Lapok. Filem itu amat seronok dilakonkan kerana banyak adegan lucu.

Panggung Rex maju dengan menayangkan filem keluaran Shaw Brothers atau filem filem yang diedarkan olehnya. Shaw Brothers mengeluarkan filem Melayu di Studi Jalan Ampas di Singapura. Kami mengikuti perkembangan Studio Jalan Ampas melalui Majalah Filem yang merupakan majalah yang top pada masa itu. Majalah ini dikeluarkan dalam bentuk warna walaupun filem-filem yang dikeluarkan adalah masih lagi dalam hitam putih. Melalui majalah ini kami mengetahui nama nama pengarah bukan Melayu seperti L. Krishnan dan B.N. Rao dan make up artist A.V.Bapat. Jamil Sulung adalah pengarah Melayu yang seangkatan dengannya disamping Tan Sri P. Ramlee. Kassim Masdor dan Ahmad B adalah pencipta lagu lagu distudio ini.

Banyak film filem hebat ditayang dipanggung ini. Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Sarimah dan Zaiton menyebabkan orang Pasir Mas keluar panggung dengan mata merah kerana menanggis kesedihan.

Filem Inggeris yang meninggalkan kesan hebat pada saya ialah West Side Story lakonan Russ Tamblyn dan George Chakiris dan Natalie Wood. Pelakon lain seperti Richard Beymer dan Rita Moreno saya ketahui selepas saya membuat carian Google. Satu lagi maklumat menarik ialah filem ini diarah oleh dua pengarah iaitu Jerome Robbins dan Robert Wise dengan Robert Wise juga sebagai pengeluar. Filem yang dikeluarkan dalam tahun 1961 ini menelan belanja USD7,000,000 dan mengaut pendapatan kasar sebanyak USD43,700,000.

Saya tidak ingat judul ‘blockbuster’ filem Hindi yang ditayang di Panggung Rex kerana kebanyakan film Hindi yang menjadi Hits ditayang di Panggung Geroda. Panggung Geroda dipunyai oleh beberapa adik beradik seperti Wan Yaakob, Wan Ibrahim dan Wan Ishak. Panggung ini masih wujud cuma tidak kelihatan dari depan kerana deretan kedai dibina dihadapanya. Kita boleh melihat dalam panggung ini dengan mengunjungi kedai perabut bersebelahan TMPoint point Pasir Mas. Ia kini digunakan sebagai showroom oleh kedai perabut ini. Usaha saya untuk mengambil gambar dalam panggung tidak di persetujui oleh pemilik kedai perabut ini yang menghendaki saya mendapat kebenaran dari pemiliknya yang tinggal di Kampung Jias tak jauh dari rumah saya. InsyAllah saya akan dapat restu untuk mengambil gambar didalamnya.

Filem Melayu yang ditayang disini adalah keluaran Cathay Keris Film Production yang juga berpengkalan di Singapura. Justeru filem-filem edaran Cathay Keris sahaja ditayang di Panggung Geroda. Masih kah kita ingat dengan pelakon handalan seperti arwah-arwah Nordin Ahmad, Abdulah Chik dan Seniwati Roseyatimah? Juga Seniwati Latfah Omar? Untuk makluman penonton Seniwati Latifah Omar tinggal di Cameron Highlands dan menjalankan kegiatan sebagai petani Tanah Tinggi. Filem yang masih melekat di ingatan saya ialah Lanchang Kuning.

Seperti saya sebutkan tadi filem Hindi merupakan kekuatan Panggung Geroda. Mana kita boleh lupa akan filem Sangam dan Bobby. Tayangan filem ini akan berlaku selama tidak kurang dari dua minggu. Tiket pasti habis dan urusan membeli tiket akan melebatkan kekuatan fizikal kerana sikap berebut rebut dikalangan penonton. Paling penting keupayaan menahan bau badan yang berpeluh kerana berasak-asak didepan lubang. Kaum yang lemah akan meminta tolong kaum lelaki macho yang dengan rela hati menerima ucapan terima kasih dari kaum hawa yang meminta tolong sebgai upahan. Kalau tak mahu bersusah beli saja tikit pasaran gelap yang mahal sikit dari harga biasa.

Filem agung Inggeris yang ditayang dipanggung ini ialah filem-filem seperti The Ten Commandments, Ben Hur yang dibintangi oleh Charlton Heston dan The Guns of Navaron yang dibintangi oleh Gregory Peck, Anthony Quinn dan David Niven.

Filem The Ten Commandments yang dikeluarkan dalam tahun 1959 dan dibintangi oleh Charlton Heston, Yul Bryner dan Anne Baxter adalah filem pertama yang saya tontoni di Panggung Geroda. Filem nya yang begitu panjang mengambil masa 220 mint dan disediakan waktu rihat ditengah-tengah cerita. Di masa ‘Intermission’ inilah saya mengecapi minuman Coca Cola saya bagi pertama kalinya setelah melihat orang meminumnya dikedai-kedai kopi. Pada masa itu harga Coca-cola adalah 30 sen dan rebet 10 sen diberikan apabila botol dipulangkan. Kalau tak silap saya filem filem Elvis Pressley juga ditayangkan dipanggung ini.

Panggung ini juga pernah menjadi tempat bagi pertunjukan silap mata oleh John Calvert seorang artist silap mata antara bangsa. Kedatangan John Calvert ditaja oleh syarikat rokok Matterhorn. Pada masa siang hari sebelum pertunjukkan dimulakan, John Calvert telah menyangkan kehebatannya dengan memandu kereta dengan matanya ditutop dengan plaster. Dia memandu sendirian dengan mengekori dibelakang sebuah Land Rover polis melalui liku liku selekoh dalam Pakan Pasir Mas yang kecil ini. Sekembali di Panggung Geroda tanpa sebarang kemalangan, John Calvert membuka penutup matanya dan membaling kepada orang ramai.

Persembahan malam itu amat hebat. Dari luar saya dapat mendengar suara penonton kekagumana. Saya tidak mampu menonton didalam dan cuma mendengar diluar dan melihat didalam apabila pintu dibuka apabila penonton masuk dan keluar. Diakhir persembahan John Calvert membaling kota-kotak rokok Matterhorn kearah penonton yang berebut-rebut untuk mendapatkannya tanpa memikirkan keselamatan diri apabila terpaksa melompat dari tempat duduk mereka.

Apabila tamat persembahan saya bertanyakan kawan yang menonton apa persembahan yang paling menakjubkan. Nyata persembahan membelah seorang wanita dengan gergaji kemudian mencantum semula adalah paling top. Malam itu saya pulang dengan merasa puas setelah mengetahui apa yang dipertunjukkan pada malam tersebut. Bagi orang miskin, menghidu bau msakan enak adalah mencukupi untuk menikmati kelazatan makanan yang dimasak.

Sebuah kugiran terkemuka dari Kelantan ialah The Streak yang diketuai oleh Tengku Mahaleel bekas CEO Proton. Pemain drum kumpulan ini adalah Fauzi Hamid yang kini adalah President Mofaz. Mereka pernah membuat persembahan di Panggung Geroda Pasir Mas dan lagu Satisfaction yang dipopularkan oleh The Rolling stones adalah antara lagu yang mereka sering persembahkan dan mendapat sambutan hangat. Saya melihat persembahan mereka semasa mereka membuat latihan pada petang sebelum persembahan sebenar pada malamnya.

Saya meninggalkan Pasir Mas dalam tahun 1969 untuk belajar di Serdang dan selepas tamat pengajian terus bertugas di Johor, Pahang dan Kedah semasa bekerja dengan Felda. Hampir 10 tahun dari tarikh peninggalan saya Panngung Geroda ditutup dalam tahun 1978 dengan penayangan filem Hapuslah Air Mata yang dibintangi oleh arwah Broery Marantika dan Sharifah Aini. Penyangan ini adalah tepat sekali sebagai tayangan penutup. Pemilik panggung Geroda sudah tidak dapat bertahan menanggung kerugian kerana kekurangan sambuatan dari penonton yang lebih gemar menonton television yang mula mampu dimiliki ramai. Sekiranya tak mampu rumah jiran akan jadi tumpuan,

Semua ini saya dapat maklumatnya dari Abang Li atau Ramli Idris yang menjadi pelukis di Panggung Geroda. Abang Li juga menjadi jurujual tiket panggung Geroda. Cerita Abang Li akan saya tulis khusus dalam blog yang akan datang.

Apabila Panggung Geroda ditutup, Abang Li berpindah ke Panggung Rex. Beliau tidak ingat filem apa yang terakhir ditayangkan di Panggung Rex apabila ianya juga ditutp pada tahun 1980.

Isteri saya ketawa sakan apabila saya mengingati beliau akan masa silam dimana kami sering pergi dating di Panggung Rex. Kenangan lalu memang mengusik jiwa.

Nota:

Gambar gambar akan dimuatkan dalam blog saya Life As I see It apabila siap nanti.


Responses

  1. Tengah nak cuba bayangkan Tengku Mahaleel menjelir lidah semasa menyanyikan Satisfaction.

  2. Mazle,
    I was looking at him from so far away so I didn’t notice if he ever did that at the show in Pasir Mas. I bet he didn’t do that then.

  3. hah,panggung gerda(that’s how most people pronounce it) and panggung rex….After each show they would play songs from the film and I can still remember the Beatles songs that they used to play.I believe I learned English thru the songs that they play. I used to live in Kubang Pandak near JKR …so its very near panggung gerda.

  4. Wavedancer,
    You are right, Pasir Masians called it Gerda. I can feel the sound of The Beatles songs being played at the Cinema. Songs like A Hard Days Night, Ticket To Ride, Love Me Do and many others will forever play in our ears. I am not sure if the Beatle’s films were shown at this theatre. Cikgu Azmy who is a diehard Beatles fan can confirm this for us.
    Kubang Pandak is just across the railway line opposite the theatre. I guess you could hear the songs from your house.

  5. My grandfather kedai kain “B Aladdin” place one slide adverts at Rex Cinema. For that we get free passes to the movies.
    – Third class ticket was 40 sen,second class 65 sen and gallery 1.50.
    – I also remember the REX cinema ticket seller well. He is a kelantan chinese, Ho who always go barefooted. He stay in Kasar and walks everyday.

  6. Jena,
    How come you never tell us you get 3 free passes when we were in school and now that the cinema is closed only that you are telling us?
    I will try to find the ticket seller if he lives in Kasar as I am also living in this village. If get his picture I will post it in the English version in LAISI. The only person I remember is Sin the chinese convert who married the late Nazri’s relative. He was the manager of the Rex Cinema.
    Anyway thank you for the info and I am willing to forgive you for keeping your free passes to your family hehehehehe. Hopefully you are not so kedekut anymore hahahahaha.
    About your old shop in Pasir Mas, I have taken a picture of the place. The signboard on the door is still intact and it says B Aladdin.

  7. Awie,

    The one on Panggung Buruk is okay except for the fact that it was not the Maktab Kadir Adabi but the exact site at present is the Furniture Show Room belonging to Kew Pee, just after Dr. Azmi’s house.

    And the first film to be screened at REX Theatre just after its consruction being completed was SERJAN HASSAN – need I mentioned the actors?

    And Jena is correct to mention that Ah Ho (his name) was the ticket seller at REX Theatre who walked barefooted then and still walks barefooted.

    Panggong Geroda was not closed in 1978. It was closed much later after the Vidoe Shops mushroomed! More or less after 1981.

    On Hari Raya days way back in the 60s these theatres were the crowd puller. Getting out of Geroda and entering REX was the norm of those days of festivities.

    Sorry for the correction.

  8. Tuan Haji Azmy,
    I will make corrections based on your comments. There is logic in what you said. Since I have just posted the same story about The Old Cinemas of Pasir Mas, I will make corretions there first and later at My Pasir Mas as I dont think many people will be reading at this site.
    Thank you pal.

  9. The whole of Form 4 A class (1965) went to see the 10 Commandments at Panggung Gerda. Myself, like you, was born with a stick up my butt( very poor) therefore will not have the privilege of going to the movies much, but our Form Teacher , Mrs Mahindra was kind enough to pay the 40 cents for the third class ticket, I have to scratch my bum all afternoon because of the pijat-pijat. Well done Zawi keep the blogs coming.

  10. NGPM,
    Third class at Panggung Gerda was notorious for pijat. Maybe the nature of the regulars of third class comprising of beca drivers brought along the pijat.
    I was lucky to be offered cheap student tickets to see 10 commandments.
    I remember Mrs Mahindra as the teacher in charge of the English Literary and Debating Society. I was never in her class. I had an opportunity to recite a poem in one of the functions and sad to say I forgot my lines midway though I have memorized them earlier. Please visit my other site Life As I See It as I have posted a more detailed post on the same topic in English.

  11. pak zawi,

    pd masa kanak2 tu saya sempat gak masuk panggung sbl ttp (mgkin thn 80an) yg skg ni tapak TNB PMas. Ingat lagi, masa beli tiket tu menyamar pakai seluar budak sekolah menengah colour hijau (pinjam abg punya) pura-pura jadi budak besar…heh..heh…

    pak zawi,
    mgkin ada anak2 atau anak buah yg sekolah SIS tahun 80-90an. sudilah kiranya jika ada ruangan artikel utk SIS nati, masukkan cerita ttg “AIR TEBU”. saya percaya sapa2 yg pernah minum air tebu tu (kedai betul2 tepi pagar sekolah) terkenang2 kenangan manis masa lalu.

    terima kasih,

    p/s:- mital email add. pls

  12. Mat Lukman,
    Panggung tu ialah Panggung Rex. Kenapa perlu pura-pura jadi budak besar? Pak Zawi sendiri mula tengok wayang sejak darjah 3 atau empat lagi.
    Pak Zawi sedang berusaha untuk mendapatkan Yuan Syed Halim Jamalulail yang boleh meningkap kembali kepada peringkat awal SIS lagi. Sekolah ini bermula dari Sekolah Padi sejak zaman Jepun lagi. Ia pastinya amat menarik. Sabar ya?

  13. sejak kebelakangan ini kerap membaca maklumat berkaitan Pasir Mas sebabnya isteri bakal orang pasir mas. Alhamdulillah. Dengan adanya maklumat seperti ini mudah-mudahan saya dapat menarik perhatian bakal bapa mentua, sebabnya saya bukan orang Kelantan atau berasal dari tanah semenanjung. sebagai seorang photojournalist, memang saya tidak nafikan banyak keunikan Kelantan berbanding negeri lain. Justeru saya amat setujua jika ada blog seumpama ini yang menceritakan semula kisah lama khususnya untuk tatapan generasi baharu. Insya-Allah.

  14. zaid,
    Terima kasih kerana mengunjung ke blog saya. Saya amat berbesar hati sekiranya tulisan saya dalam blog ini dapat membantu saudara dalam apa jua keadaan.
    Sebenarnya dalam keadaan sekarang batasan sempadan mau pun lautan tidak lagi menjadi masalah. Sekiranya kita berniat baik dan berlaku baik, kita boleh diterima oleh sesiapa sahaja untuk menjadi ahli keluarga.
    Saya mempunyai seorang kawan yang berasal dari Sarawak yang berkahwin dengan orang Kelantan dan terus menetap disini. Anak saya sendiri pun bekerja di Labuan dan terima kasih kepada MAS dan AirAsia yang memberi kemudahan tiket harga murah untuk kami sering mengunjung ke sana. Dec 5 ni kami akan terbang ke Labuan dan berkunjung ke Sabah untuk melancong ke Kundangsang dan Kudat.

  15. tabik spring pada pak zawi kerana sungguh kuat daya ingatan. masih berupaya mengingati kisah2 dulu dulu dan jugok menulisnya dengan baik sengoti.

  16. @mat lukman : demo mat lukman hok main volleyball masa kat SIS dulu ko weh ?

  17. arejae,
    Segalanya adalah pemberian tuhan kepada kita. Saya amat bersyukur kepada Nya kerana memberikan saya ingatan ini untuk kengngan bersama. Terima kasih juga kepada kenalan yang memberi maklumat.

  18. Buat @arejae,

    yolah tu..demo ingat lagi nama penuh kawe….bagi detail skit psl demo deh. mgkin slp ni bolih tkr2 cerito hendaknyo.

    Terima kasih Pak Zawi, ruangan ni dptlah jugok mjadi wadah sesama kita bkenalan! (dpt contact mmber2 lama plak tu).

    p/s: sebut psl pasir mas semo org sedarah dan bkn suku sakat raso bekenan, x tau bakpo.

  19. mat lukman,
    Saya amat gembira anda dapat bertemu rakan taulan disini.

  20. @mat lukman: haha…ni baru yolo. demo bleh tengok kawe kat sini : Facebook Kawe

    ramai jugok saing2 SIS kito dalam tuh. 🙂

    tq pak zawi. jadi tempat jejak kasih lar pulok. 🙂

  21. arejae,
    No hal.

  22. @arejae,

    thxs bro, i will go to ur site soon. Do take care & have a nice day.

    pak zawi, 10s a lot & i will try not to miss ur article.

    gtg. bye

  23. mat lukman,
    I am happy that you keep coming to my site to read my blogs. At the moment I dont have anything new about Pasir Mas to write about.

  24. I’ll wait after you got back from Labuan, Sabah. he…he…

    hmm…did you know? Pok Ku (husband to Pn Hasnah Sulaiman) was cousin to Raja Muda Perlis.

    is he still live at Kg Dangar?

    Pok Ku still lives in Kg. Dangar. He is now a very close friend of mine. We meet almost everyday.
    Pok Ku has a blog now by the name of Syed Halimjamalullail http://syedhalimjamalullail.blogspot.com Please pay him a visit.

  25. […] 7. Terjumpa juga kawan sedarjah semasa sekolah menengah di blog Pak Zawi […]

  26. Arejae
    Alhamdulillah. Saya juga tumpang gembira.

  27. Salam. Amat behajat jika saya pergi ke Kota Bharu dapat bertemu dengan tuan. Mungkin banyak perkara yang mungkin kita boleh bualkan.

  28. zaid,
    Saya akan berada di Labuan dan Sabah pada 5 hingga 12 Dec 2008. Sekira nya anda dari Sabah cuba call saya di 0199125647. Mungkin kita boleh berjumpa lebih awal lagi. Kalau di Swak tu susahla.

  29. Thxs Pak Zawi,

    I found his site quite “PUITIS” with lystrical words. hmm…deep meaning.

  30. mat lukman,
    Ayahku adalah juga seorang pelukis dan juga puitis.

  31. agreed…with u.

    so which site u spent most?

  32. mat lukman,
    LAISI is my main site so I spent more time at LAISI. I wonder if I answered your question.

  33. Pak Zawi,

    Hari raya baru ni Pasir Mas jem teruk, dikatakan sebanyak 10,000 buah kereta orang Pasir Mas dari luar masuk Psair Mas oleh 50,000 orang Pasir Mas yang balik beraya…

  34. mawar,
    Memang jam sakan. Mana mawar dapat statistik tersebut? Menarik tu.

  35. whoa…there are a lot of history in my hometown which i didn’t never know about. particularly the existence of cinemas in the town. well, im kind a new generation here but reading this post really made me proud of my pasir mas town!

    i was born on 12tn October 1988. my house located at lorong sarjan hassan, kampung dangar. currently pursuing my studies at the university of malaya.

    eager to read more on next post!

    Hilmi,
    Bagi generasi baru pastinya banyak perkara yang tidak diketahui kerana ianya tiada lagi.
    InsyaAllah apabila ada kelapangan nanti saya akan updatekan blog ini.

  36. who is pok ku anyway?? he lives at kg dangar too? same with me..you know what, there are a lot of commons between people here with me! first we are pasir mas residents, then many come from the same school which is sekolah menengah sultan ibrahim satu. the big different is im too young compared to the others..

  37. Hilmi,
    Pok Ku is Syed Halim Jamalullail. He is the husband of Puan Hasnah Sulaiman, the former principal of SIS 1 Pasir Mas.
    Pok Ku is from the Perlis Royal family but has been living in Pasir Mas for a long time.
    Visit his blogsite: syedhalimjamalullail.blogspot.com.
    to know more about him and to read what he has posted.

  38. owh..thats interesting! thanks for the reply

  39. Saya baru join club ni…bestnye…bila baca entry pasal pasir mas ni..rasanya nak balik pasir mas dengan kadar segera. Terima kasih banyak-banyak kerana telah “menghidupkan” pasir mas terutamanya dalam jiwa anak-anak kelate di perantauan. Tempat jatuh lagi dikenang…

  40. Rohaiza,
    Terima kasih kerana datang mengunjung. Pak Zawi minta maaf la kerana tak update blog ini kerana tumpuan yang melebih kepada LAISI di http://mohdzawi.blogspot.com. Kekadang tulisan applicable di dua dua site jadi Pak Zawi lebih suka letak disana kerana ia mempunyai pembaca yang lebih luas. Datang lagi ya.

  41. assalamualaikum,

    sedak sngorti ambo membaco,
    membaco nukile pak zawi,
    sejaroh diberi buat wancano,
    wancano khas untuk anok2 maso kini

  42. akubudu,
    Ambo amat berbesar hati kalau tuan hamba merasa gembira membaca nukilan hamba. Ini adalah untuk makluman anak-anak yang tidak tahu apa yang berlaku 30 tahun dahulu.

  43. Great story. I was studying in SIS since 1974-1981. Banyak kali panjat pagar sekolah pegi tengok wayang panggung rex dan panggung buruk. Yang paling ingat menonton filem Bruce Lee

    • Sdr Zul,
      Sorry for the late moderation. I am still away in Europe on a tour and many earlier places where we stayed didn’t have internet connection in the rooms. Now this room in Paris id giving me the chance to moderate and reply to your comment. I guess you were a hostelite like me too as you had to jump over fences to go to the cinemas.
      Thanks for the visit.

  44. camne saya boleh contact encik?

    • Maaf kerana lambat respond. call/sms saya 0199125647 kalau masih ingin menghubungi saya.

  45. Hope you’ll interview more senior P.Masian so as you get more correct
    informations about the town.

    … like of the bands of “Lightning Combo” and “The Wheels” had indeed…contributed something to the society..say Pengakap,St.John Ambulance,Hari Bahasa Kebangsaan etc..Thanks.
    Mahadi(The Coach)

    • Sdr Mahadi, you must be as old as me to remember The Lightning Combo and The Wheels. I think this is a great idea and I will try my best to dig up some info n blog about them. Thank you for giving me the motivation to restart blogging on My Pasir Mas.


Leave a reply to mat lukman Cancel reply

Categories