Posted by: mohdzawi | November 18, 2008

Sudut Penjual Ubat Tradisional

Another Regular

Another Regular

Eager Customer

Eager Customer

Snake Man

Snake Man

The Man And Me
The Man And Me
Sudut penjual ubat tradisional
Sudut penjual ubat tradisional
Madrasah

MadrasahTerdapat satu sudut khas di Pekan Pasir Mas dimana ianya disewa khas olehUstaz Ab. Rahman Alabaladi

 Persatuan Penjual-penjual Ubat Tradisional Kelantan dimana ahli-ahlinya boleh menjalankan aktiviti mereka tanpa sebarang ganguan dari mana-mana pihak berkuasa. Sudut ini juga tidak digunakan sebagai parking lot kecuali oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai kesedaran civic dan meletak kenderaan mereka kerana ianya kelihatan kosong. Sudut ini terletak berhadapan dengan madrasah Jamiah yang bersebelahan stesyen bas lama Pasir Mas. Jika diimbas kembali petak ini adalah berhampiran juga dengan stesen kereta sewa lama.

Keinginan menulis mengenai sudut in sudah lama terpendam di hati Pak Zawi. Dari semenjak pak Zawi menjejak kaki ke Pasir Mas pada tahun 1960 lagi sudut ini menjadi medan penjual ubatan tradisional membuat persembahan bagi menarik penonton dan seterusnya menjual ubat kepada mereka. Kegiatan mereka menjadi hiburan bagi Pak Zawi sebelum ke sekolah yang kebanyakannya adalah sessi petang. Tambahan pula kebanyakan persembahan atau pertunjukkan adalah pada hari cuti sekolah seperti hari Jumaat dan Sabtu. Apa pun penjual ubat ini adalah amat menghiburkan dan mempunyai kesan yang besar keatas hidup Pak Zawi.

Apa yang mengekang hasrat untuk menulis mengenai sudut ini ialah ketiadaan penjual-penjual ubat yang tersohor yang datang berkunjung ke Pasir Mas. Yang kerap membuat persembahan ialah penjual ubat yang bermain dengan ular. Yang paling Pal Zawi tunggu ialah kedatangan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi yang masyor dengan dendangan lagu Alabaladi yang dibawa asal oleh penyanyi Mesir Umi Kalthom yang bermaksud Tanah Air Yang Tercinta.

Beberapa hari lepas Pak Zawi telah didatangi oleh sahabt Pak Zawi yang Pak Zawi kenal sebagai Ayah Ku dari blog Syed Halim Jamalullail http://syedhalimjamalullail.blogspot.com. Ayah Ku tahu minat Pak Zawi mengenai penjual ubat yang menggunakan sudut ini dan antara yang Pak Zawi tunggukan ialan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi. Ayah Ku memberi tahu bahawa Ustaz Ab. Rahman Alabaladi ada datang ke Pasir Mas pada pagi itu. Tanpa membuang masa Pak Zawi mengambol kamera dan bergegas bersama Ayah Ku ke Pekan Pasir Mas untuk bertemu Ustaz Ab. Rahman yang telah pun siap memasangkan peralatannya dan barang jualan untuk hari tersebut. Malangnya Ustaz Ab. Rahman terlupa membawa dua alatan penting yang menjadi daya tarikan penting untuk persembahan beliau pada hari tersebut. Alatan yang Pak Zawi maksudkan ialah kecapi dan saxaphone  yang Ustaz Ab. Rahman rekacipta. Sebenarnya kecapi adalah satu alatan musik traditional yang sudah lama ujud cuma Ustaz Ab. Rahman ubah suai untuk menjadikan sesuai untuk persembahan di khalayak awam yang besar dengan menggunakan amplifier dan speaker. Ikuti cerita mengenai Ab. Rahman Alabaladi selepas Pak Zawi membuat tinjauan ke rumah beliau di Wakaf Baru. Cerita mengenai beliau akan Pak Zawi muatkan dalam LAISI untuk mencapai liputan yang lebih meluas.

Penjual ubat lain yang menggunakan sudut ini adalah kumpulan yang bermain ular bisa yang Pak Zawi pernah tunjukkan gambarnya sebelum ini. Seorang lagi penjual ubat yang membahasakan diri nya sebagai Tok Ayah juga sering menggunakan sudut ini. Malangnya gambar Tok Ayah yang Pak Zawi pernah ambil gambarnya tidak di temui.

Selain itu seorang lagi penjual ubat yang sering berkunjung ialah Pak Cik ini yang Pak Zawi lupa namanya.

Pak Zawi tak ceghak nak sususn gambar dengan wordpress. Terima la dulu dengan keadaan tidak tersusun ini ya.


Responses

  1. Guano dengan projek dengan Pok Alabaladi tuh? Ada progress ke?

  2. En. Mazle,
    Saya buat satu notice di Bloggers Kelate dan dapat sambutan dari sebuah syarikat di Kota Bharu yang pergi jumpa Ab. Rahman Alabaladi di rumahnya dan akan membuat sebutharga. Zaidi telah saya hubungi dan saya tidak pasti samada beliau telah menghubungi Ustaz Ab. Rahman.

  3. Area tu kalu spot ambo kalu jaley-jaley sajo-sajo di pasir mah tu haha.
    Tapi ssitu memey menarik sebab buleh tengok macey macey🙂

  4. Kema,
    Situ juga adalah kawasan Pasar Malam Pasir Mas pada hari Rabu. Settiap hari ramai orang akan membeli belah pelbagai barangan yang dijual bersebelahan Jamiah tu.

  5. Pak Zawi,

    wak cito pasar mlm skali………

  6. mat lukman,
    OK, will do it one day.

  7. Pak Zawi
    Saya baru jupe semale blog Pak Zawi ni melalui link blog Kak Teh. Seronok juga ada macam-macam…tebakau barat, jual ubat dan Ustaz Abdul Rahman Albaladi..saya kenal betul dia ni…orang Kampong Delima, Wakaf Bharu, ada dalam 30 tahun tak jumpa dengan dia.Ore Wakaf Bharu panggil dia Derame Albaladi. Ambo ore Wakaf Bharu, dulu dalam pasar Wakaf Bharu ada macam-macam jual ubat, serupa dengan Pasir Mas ni. Dulu budak-budak Wakaf Bharu kebanyakan sambung sekolah menengah di SIS Pasir Mas, berulang alik dengan Keretapi, antara yang terkenal Dato Kamarudin Jaafar, kalu tak silap sebelum dia sambung ke MCKK. Mungkin Pak Zawi seangkatan dengannya.

  8. mawar,
    Terima kasih lah kerana mengunjung blog Pak Zawi.
    Saya sedang mencari bahan untuk membuat blog mengenai Ustaz Ab. Rahman Alabaladi. Sambil tu saya juga membantu beliau untuk mencari pemembina sebuah lamanweb bagi website belaiu http://www.alabaladi.com.my yang kini dalam pembinaan dan mendapatkan publisiti melalui akhbar dan TV. Beliau kini semakin kehadapan dalam usaha beliau untuk memajukan perniagaan beliau dalam bidang perubatan tradisional, persembahan music dan jualan CD lagu-lagu beliau dan paling kini dalam proses mengeluarkan VCD lagu beliau. Sebagai seorang yang kurang uapaya, Ustaz Ab. Rahman akan cuba membuktikan bahawa seorang kurang upaya bukan sahaja boleh berdikari malahan boleh membantu orang lain yang sama senasib.
    Ustaz Ab. Rahman akan membuat persembahan di Tapak Expo Negeri Kelantan yang bermula pada 27 November 2008.
    Memang benar ramai anak-anak dari Wakap Baru yang belajar di Pasir Mas bersama saya sebelum terbinanya Jambatan Sultan Yahya Petra. Antara mereka yand sedarjah dengan saya adalah Datuk Kamaruddin Jaafar, Datin Fauziah Ab. Rahman, Atrah Abbas (Mak saudara Datuk Sukimi Ibrahim) dan Hajjah Norma Omar balu arwah Hj Hussein Mahmud bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.
    Kami berenam dari Pasir Mas sama sama pergi interview untuk ke MCKK tapi cuma Kamaruddin Jaafar yang layak untuk meneruskan pelajaran kesana. Yang interview kami masa tu ialah Dato’ Murad Mohd Nor sendiri yang masa itu adalah Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.

  9. Wow, saya kenal semua pelajar SIS yang disebut oleh Pak Zawi tu. Seorang lagi Pak Zawi tertinggal Wan Hamzah Wan Ismail, skrg pesara Pos Malaysia. Tuan Maharam ada dalam gambar laman WEB SIS. Fauziah Ab Rahman tu mak saudara Dato Ramzi….abang Fauziah Dato Zulkifli bekas Duta, kalau tak silap belajar di Pasir Mas juga. Beberapa tahun lepas saya menginap disebuah hotel Phuket, manager Hotel tu kata dia belajar di SIS sama dengan Che Norma Omar, saya tak ingat namanya….kalu jupe kadnya saya bagitahu kemudian. Aterah selepas bersara skrg ni di Sabah bersama anaknya Dillah seorang Doktor. suaminya Said Yusof orang Batu Laut Banting, anak sulongnya Sarah kahwin dengan orang Pasir Mas kalu tak silap.Kesempatan berada di kelantan nanti saya nak minum kopi bersama Pak Zawi…dan juga jupe Derame Albaladi.

  10. mawar,
    Memang betul saya terlupa sebut Wan Hamzah. Besok saya akan jumpa dia untuk perbincangan mengenai gathering tu.
    Fauziah Ab. Rahman tu kakak Dato’ Ramzi bukan Mak Sedara. Wah saya ada classmate jadi Manager di Phuket? Sila dapatkan nama dan hotel tempat dia bekerja, mungkin akan ke Phuket tahun depan. Dah lama tak kesana. Saya jumpa Aterah dirumah kakanya semasa Raya lepas dan jika kami jadi ke Kudat pada Raya Haji ni mungkin akan jumpa aterah dan En. Said la disana bab mereka kat Kudat sekarang.
    Kalau setakat nak minum kopi sama Pak Zawi, kecil tapak tangan nyiru akan saya tdahkan. Kita boleh sama sama jumpa Ustaz Ab. Rahman Alabaladi. Dia berada ditapak Xpo IKS di Stadium Sultan Muhamad ke 4 Kota Bharu sekarang menjual hasil ubatannya sambil membuat persembahan.

  11. Pak Zawi,

    Silap taip, memang Fauziah kakak Datok Ramzi, saya ada bersama Aterah dihari terbuka rumah Dato Sukimin hari raya baru ni, mungkin Pak Zawi bersama disitu. kalau kesempatan berada di KL email saya boleh jupe.

  12. Mawar,
    Anda juga berada di Hari Raya di rumah Datuk Sukimin? Baca tulisan saya di LAISI – Celebrating Idulfitri My Family’s Way http://mohdzawi.blogspot.com/2008/10/celebrating-aidilfitri-my-familys-way.html.
    Mungkin gambar anda ada dalam foto yang saya muatkan. Datuk Sukimin adalah sepupu isteri saya.

  13. Pak Zawi,

    Saya dirumah Datuk Sukimin dan sempat makan semeja dengan Pengarah Pelajaran tu. Isteri pak Zawi tu anak sedara arwah cikgu Ibrahim ?, rasa2 perasan dah….menariknya banyak kenalan saya rapat dengan Pak Zawi. Saya juga terbaca susur-emai Pak Zawi dengan Omar ….jupe nama Hj Ghani orang Semuba..ni saya kenal dan rapat tapi tak jupe dengannya sejak 20 tahun lebih. Kalu tak silap saya dengan Hj Ghani pernah satu kereta dengan Arwah Hussein Mahmud suami Che Norma kemalangan di Sungai Tong…30 tahun dulu …kereta masuk gaung..nasib baik tak jadi pilihanraya kecil di Tanah Merah. Salam pada Haji Ghani kalu jupe dan kalu ada no telefon boleh bagi…mari KL email saya boleh belanja lunch.

  14. mawar,
    Arwah Ustaz Yusof adalah bapa mertua saya. Dia abang sulong kepada aewah Ayah Him bapa Sukimin. Jika mawar dari Wakf Baru, pasti kenal dia. Dia dulu pernah jual kopi dalam pasar lama Wakaf Baru.
    Tuan Haji Ghani Mahmud sekarang Timbalan Pengurus Besar Kesedar. Call 099121788 dan minta disambung kepada TPB Haji Ghani terus dapat la. Saya pun dah lama tak jumpa dia sejak saya bersara.
    Saya akan berada sekitar KL pada 13 dan 14 Disember. Kalau sempat boleh la lunch. SMS saya ke no 0199125647.

  15. Pak Zawi,
    Saya kenal benar arwah Ustaz Hj Yusof dan keluraga . Arwah ayahnya mengajar di Masjid Wakaf Bharu. Semasa mudanya Ustaz Hj Yusof dihantar ke Mekah oleh ayahnya, pernah mengajar di Madrasah Asriah, Wakaf Bharu. Ustaz Hj Yusof semasa muda pernah berkahwin dengan orang Kutan, dan yang akhirnya dengan orang Johor…yang saya kenal anak dengan mak dari Johor tu Amin. Semasa di KL nanti saya sms Pak Zawi..Insya Allah dapat kita jupe. Saya di Kelantan pada hari raya kedua 9 hingga 13 Disember ni.

  16. Mawar,
    Segalanya tepat. Ibu isteri saya adalah dari Bunut Susu. Kutan adalah kampung asal arwah ayah Hj Yusoff.
    Amin sekarang sakit. Baru ni kena operate bab appendict dia pecah. Penyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi adalah lain-lain penyakit dia ada. Dia tingal di Taman SBJ.
    Semasa mawar pulang ke Kelantan nanti saya berada di Labuan dan cuma pulang ke Kelantan pada 15 Disember. Kalu ada kelapangan kita boleh jumpa di KL pada 14 Disember. Saya mungkn menginap di Puchong atau Shah Alam pada hari-hari sebelumnya dan di Enstek Labu pada 14 malam untuk pulang pada 15 hb.Dis dengan AirAsia. Sila buat miss call ke no Tel saya 0199125647 untuk memudahkan saya contact Mawar. Email ni susah sikit bab saya tidakcheck hari hari.

  17. InsyaAllah saya akan cari juga Pak Zawi semasa berada di KL….kalu gi ke Labuan tu dan singgah di KK boleh hello ke Aterah, anak dia kalau tak silap baru transfer ke KK dari Kudat ; no hp Pak Zawi dah ada ni…saya akan sms nanti.

  18. mawar,
    Dah tukar balik dari Kudat ke KK pulak?

  19. Ambo ucap timo kasih byk2 ko Pok Zawi sebab tolong promote ayoh ambo pah tu tolong buat website alabaladi untuk promosi produk alabaladi.
    Alhamdulillah, baru baru ni minyak merah alabaladi telah mendapat kelulusan KKM dan GMP dan insyaallah akan berada di pasaran tak lama lagi.

  20. Anak Pokmey,
    Tolong menolong tu kan perkara yang di gaakkan oleh ugama kita.
    Sebenarnya ambo tidak buat website tu. Website alabaladi.com.my di buat oleh sebuah syarikat yang diupah oleh Ustaz Ab. Rahman sendiri.
    Ambo sedang berusaha untuk masukkan artikel mengenai Ustaz dalam Kosmo dan kalau berjaya dalam mana-mana TV. InsyaAllah kita akan cuba usahakan.

  21. salam, Pak Da@ Pak Zawi. menariknya blog Pak Da ni dan menariknya cerita Alabaladi ni ye? insya-Allah, kalau berkesempatan, saya interview dia utk Kosmo! Ahad. tp saya nak kena gather lebih banyak kontek supaya saya boleh plan betul2 utk cari sebanyak stori yg mungkin kat klate. sbb nak kena buat paperwork utk bolehkan saya dapatkan kerjasama fotografer di sana, nak dptkan sponsor penginapan, nak bajet utk transport n elaun. kalau ada destinasi menarik dan menjadi kunjungan ramai, restoran yg reputasinya best, individu yg saya boleh buat profile, rekaan dalaman yg ada kellas, cukup stok beberapa bulan tu! takpe, sambil2 saya cari kontek saya sendiri. once dah dapat cukup subjek, saya akan tetapkan tarikh dengan Ustaz Alabaladi nnt.

    • Timi,
      Terima kasih kerana datang mengunjung. Sila lawatan blog Pak Da Life As I See It… atau LAISI http://mohdzawi.blogspot.com yang Pak Da buat dalam BI untuk melihat lain-lain tajuk yang Timi boleh gunakan sebagai bahan atau untuk mendapatkan ilham. Kalau tak dapat jurufoto Pak Da dan Shahir boleh tolong ambil gambar sebab Papa Timi baru beli sebuah camera DSLR untuk dia.

  22. Salam Pak Zawi,

  23. Salam Pak Zawi, lama tak masuk sini …saya rasa banyak kalau nak tulis fasal makanan unik di Kelantan ni…selain dari yang dah sohor seperti akak , lompat tikam dan seumpamanya. Baru-baru ni saya jupe seorang pengusaha buat beleda kering di Kubang Pasu..dia dapat tempahan dari org kenamaan termasuk keluarga diraja diluar Kelantan. Beleda(agar-agar) ni cukup menarik dijadikan sebagai buahtangan untuk majlis perkahwinan. Beleda ni dijemur panas terik matahari berhari-hari..musim sekarang ni tak jadi le …hujan dan mendung,ianya berwarna warni dan cukup menarik…orang sekarang jarang pandai membuatnya…kalau tak silap dalam GUiT Awang Goneng ada disebut fasal beleda kering ni. Murtabak raja pun tak dak siapa yang tulis lagi..ikan kering raja makan.. cerita kemudian. baru-baru ni jupe satu restoran dekat chow kit,kl ada jual serabe…banyak dah orang le ni tak tahu…serabe ni. Gelembong boya tahu tak. Jupe Kl 24 hb ni.

  24. Mawar,
    Waalaikummussalam. Maaf dipohon kepada semua pengunjung kerana Pak Zawi lama tak update blogsite ini. Sebenarnya tak ada modal nak menulis. Ada tajuk yang ada dalam kepala saya adalah tajuk berat yang perlu Pak Zawi buat research lagi. Dalam kepala sekarang adalah satu tajuk mengenai Banjir Di Pasir Mas baru ni. Gambar dah ada cuma nak buat cerita je.
    Mengenai makanan, rasanya yang Pak Zawi tulis dalam Foods of Kelantan di LAISI sudah cukup comprehensive untuk memperkenalkan makan Kelantan kepada umum jadi tak perlu lah saya mengulangi nya di My Pasir Mas.

  25. terima kasih byk byk pak zawi sebab bayk membantu mempromosi bapa saya ( us. Ab Rahman Alabaladi ) semoga jasa baik pak zawi mendapat keberkatan dari Allah S.W.T


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: